DG Hisyam sahkan dua varian utama dari China dah masuk Malaysia

DG Hisyam sahkan dua varian utama dari China dah masuk Malaysia

Dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am,” katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian menular di China pada ketika ini.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” ujarnya.

Nak pengsan tahu harga baju style orang tua Arif Aiman pakai ni, boleh beli kereta sebuah

Ini sekolah paling mahal di dunia, yuran sahaja cecah RM600,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *