Dikatakan hanya kerja 1 jam, pembaca berita TV3 ni siap buat video tunjuk reaksi

Dikatakan hanya kerja 1 jam, pembaca berita TV3 ni siap buat video tunjuk reaksi

Selain menonton drama-drama di kaca televisyen tentu Buletin Utama antara yang pasti ditonton bersama keluarga. Ia merupakan sebuah rancangan terbesar dan nombor satu di TV3 yang menyampaikan berita semasa dalam dan luar negara.

Dikatakan hanya kerja 1 jam, pembaca berita TV3 ni siap buat video tunjuk reaksi

Umum diketahui, Buletin Utama akan memulakan siaran pada jam 8 malam dan berakhir pada pukul 9 malam iaitu bersiaran selama sejam menemui penonton setiap hari dengan berita terbaharu disampaikan oleh penyampai berita yang rasanya dua wajah ini juga sudah cukup familiar bagi anda.

Mohd Yasir Mansor dan Nik Nur Shuhadah Nik Hassan bagaimanapun menarik tumpuan warganet selepas satu rakaman video dikongsikan membuatkan kedua-dua penyampai berita tersebut menjadi perbualan ramai selepas tampil menjawab tentang waktu bekerja mereka.

Nik Nur Shuhadah Nik Hassan di akaun miliknya menerima komen berbunyi, “Bestnya kerja sehari sejam je,” menyebabkan dia tampil dengan satu rakaman video.

@nurshahassan Replying to @Firdaus 1 jam tu bersiaran. belakang tabir berjam jam 🫠 #news #bizcochito ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

Dua penyampai berita ini dalam pada masa sama membuatkan warganet juga terhibur kerana mereka tampil dengan merakam video yang kini menjadi trend di TikTok menyebabkan juga video mereka ini mendapat perhatian ribuan pengguna aplikasi tersebut.

Konsert di Kelantan mungkin boleh memusnahkan musuh Islam, kata lidah rasmi PAS

Terkini – Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.