Disebalik kisah owner kedai nasi ayam bernilai RM220 Juta, dulu kerja kfc je

Disebalik kisah owner kedai nasi ayam bernilai RM220 Juta, dulu kerja kfc je

Disebalik kisah owner kedai nasi ayam bernilai RM220 Juta, dulu kerja kfc je. NASI AYAM HARGA 220 JUTA ???

1. Mesti ramai dah pernah nampak jenama The Chicken Rice Shop (TCRS)

2. Pengasas TCRS ni nama Puan Wong… dia buat benda ni berdua dgn anak dia

3. Dia fokus pada menghasilkan Resipi Nasi Ayam Hainan versi Halal .

4. Gempak giler… dia berjaya buka sampai lebih 100 cawangan

5. Pada tahun 2019, dia jual keseluruhan TCRS pada syarikat gergasi Jepun pada harga 220 Juta !!!

6. 220 juta beb… untuk kedai nasi ayam ???

7. Padahal bukan la dia orang pertama yang buat Nasi Ayam Hainan Halal kat Malaysia ni… ramai dah buat.. Nasi Ayam Chee Ming kat Bukit Bintang tu pun lagi sedap… , Siap Sultan datang Makan, Sijil Halal terpampang jelas

8. Tapi kenapa dia berjaya ??? Nasi Ayam je pun…. Nasi ayam yang ada dijual kat mana saja dalam Malaysia ni…
INI YANG SAYA NAMPAK

Disebalik kisah owner kedai nasi ayam bernilai RM220 Juta, dulu kerja kfc je

a) Pn Wong bukan terus meniaga… dia start jadi kuli je.. kerja kat KFC … lebih 20 Tahun… ye dia ada jawatan besar la… tapi lama tu dia kerja…

b) Dari pengalaman kerja KFC, dia ada database jelas… Market malaysia nak makan apa, ada kt mana, Mall mana best / tak best, area mana ramai customer…

c) Dia kenal supplier, owner mall, dan orang orang penting yang uruskan semua tu

d) Pn Wong dapat ilmu mengurus beribu restoran KFC… Bukan KFC tak pernah langgar dinding seperti kebanyakkan kita.. ada je.. So Puan Wong saksi semua tu… dan dia simpan semua ilmu dia untuk dia guna

e) Dia belajar dari KFC pasal market ayam besar kat Malaysia ni, tapi takder pulak dia cuba nak sailang boss lama dia ni kan… bukak kedai ayam goreng lawan KFC…. Dia nampak masa ni , walau pun dah level red ocean, takder sapa buat produk nasi ayam level rangkaian mcm ni… buat pe nak lawan ayam goreng.. sure kena kacau dgn boss lama… ni dia buat nasi ayam… takder sapa kacau … takder santau

f) tapi dia guna strategi KFC… menu mudah, senang urus dan senang jual… Walau belum ada orang komersilkan Nasi Ayam secara besar besaran masa tu… tapi sapa saja yg tak tahu Nasi Ayam ?? Product acceptence dah menang sblm dia buka kedai lagi

g) mungkin dia dah lama kat KFC, so dia amik keputusan jangan grow bisnes guna Franchise… dia tahu “dark side” industri francais kat Malaysia ni… Saya percaya dia fokus long term sustainability dari jadi cepat kaya

h) saya ulang ye, 100 outlet ni semua takder francais… Dia urus sendiri… ini antara perkara utama kejayaan TCRS sebenarnya

i) Berbalik pada data, Pn Wong nampak target market yang dia nak sasarkan.. jadi dia bina model bisnes yang tepat… dia nak fokus Melayu marhaen biasa je.. Harga dia buat reasonable untuk level Mall… dan siap kan Sijil Halal elok elok…. Tak pernah saya dengar orang tanya Halal ke tak sebab sijil dia besar kat situ

i) Pastinya dia ada modal… ye lah kerja 20 tahun lebih sampai bersara… ada modal banyak la dia kumpul

j) Bukan takder orang nak lawan dia… Dulu TCRS ( Sekitar awal tahun 2000) buka outlet depan satu kedai Nasi Ayam di MidValley , dua dua belah hujung dan sama besar dan sama ramai pelanggan… (sekarang tempat ni dah jadi laluan untuk ke The Garden)… TCRS fokus bina jenama, yang kedai Nasi Ayam depan dia walau lebib sedap… ada banyak masalah pengurusan… akhirnya terkubur (saya kenal anak owner nya)

k) Nampak tak dia punya usaha nak bina Jenama… Jinggle dia kat Radio dan TV mmg kita takkan lupa dah la… (dan dia buat jinggle yang tepat) logo dia pun solid… marketing dia pun non stop… sama level mcm boss lama dia

l) Menu biasa… usaha nya luar biasa … combine dgn ilmu , pengalaman, data, sasaran pelanggan, kawalan rasa tamak
m) Akhirnya dia dapat tunai 220 Juta ringgit… 7 keturunan pun makan tak habis beb

Hari sukan jadi kecoh- Pelari wanita kena kejar anjing, automatik lari laju!

Individu kongsi kena maki dalam bahasa mandarin dalam lif, “ingat saya tak faham ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *