Doa Nurul Izzah untuk Anwar Ibrahim undang rasa sebak

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri perhatian warganet apabila menuliskan ucapan sempena ulang tahun bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook pada Rabu.

Nurul Izzah yang menitipkan doa dan ucapan terima kasih turut memuat naik gambarnya bersama Ketua Pembangkang itu ketika kanak-kanak.

“Happy Birthday (selamat hari lahir) Papa, Anwar Ibrahim! Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dengan segala keberkatan.

“Terima kasih kerana mengajarkan erti kehidupan. Ia tidak pernah mudah tetapi lebih baik mempertahankan keyakinan berprinsip seseorang. Kami sayangkan papa,” tulisnya.

Anwar, 75, dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kini merupakan ahli Parlimen Port Dickson.

Leave a Reply

Your email address will not be published.