Doktor Pakar terkenal Malaysia kecam CIMB, dakwa hilang RM13,000 dalam akaun tiba-tiba je

Satu Malaysia digemparkan dengan hantaran facebook doktor pakar Malaysia terkenal, Dr Rafidah yang secara terang membuat kecaman terhadap CIMB. Ikuti tulisan beliau:-

SELAMAT TINGGAL CIMB.

Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada sekuriti.

Takkan lah 3 transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung?

Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.

This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank.

Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

Tidak apa. Saya redha.

Yang pastinya saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun saya didalam masa terdekat ini.

Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda!

Rafidah Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published.