Dulu jutawan terkenal, kini terpaksa jual makanan tepi jalan nak bayar hutang RM29 Juta

Dulu jutawan terkenal, kini jual makanan tepi jalan terpaksa bayar hutang RM29 Juta

Dulu jutawan terkenal, kini jual makanan tepi jalan terpaksa bayar hutang RM29 Juta. Seorang bekas jutawan yang bankrap, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak RM29.4 juta dengan menjual sosej panggang di gerai makanan di tepi jalan.

Menurut laporan, Jian, 52, mendapat pujian daripada orang ramai di negara itu dengan rancangannya untuk mengumpulkan wang dengan membuka gerai untuk membayar balik hutangnya.

Bekas jutawan itu berhutang melibatkan jutaan yuan selepas beliau jatuh muflis, menurut laporan.

Jian yang juga merupakan pemilik restoran di China dianggap sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di seluruh Wilayah Zhejiang.

Pada usia 36 tahun, beliau sudah memiliki rangkaian restoran dan telah mengumpulkan kekayaan tetapi pada tahun 2005, Jian memutuskan untuk melabur sebahagian besar wangnya ke dalam industri kejuruteraan dan beliau mengalami kerugian serta dibebani dengan hutang.

Beliau juga terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya dan berdepan hutang jutaan yuan, menyebabkan idea mendapat idea menjual sosej.

Bekas jutawan itu pernah berkata dalam satu wawancara bahawa beliau pernah dilahirkan tanpa mempunyai ‘apa-apa’ dan perlu terus belajar untuk menghadapi kesukaran dengan tenang dan mara ke hadapan dengan berani.

Kisah Jian dan video yang menunjukkan beliau mengendalikan gerai sosejnya di Zhejiang menjadi tular baru-baru ini dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mencari kekuatan dalam menghadapi kesukaran hidup.

Disebalik kisah owner kedai nasi ayam bernilai RM220 Juta, dulu kerja kfc je

Hari sukan jadi kecoh- Pelari wanita kena kejar anjing, automatik lari laju!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *