Ebit Lew buat hal lagi, kali ini masuk disko Indonesia pula, siap bawak telekung bagi pelacur

Ebit Lew buat hal lagi, kali ini masuk disko Indonesia pula, siap bawak telekung bagi pelacur

Ebit Lew buat hal lagi, kali ini masuk disko Indonesia pula, siap bawak telekung bagi pelacur. Pendakwah bebas, Ebit Lew masih lagi meneruskan usahanya menyantuni dan menyebarkan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Macam yang dikongsikan di Instagram miliknya, pendakwah itu kini aktif di Jakarta dan bertemu dengan mereka yang berada di sini.

Jika sebelum ini Ebit Lew dilihat bertemu dengan sekumpulan anak muda punk, baru-baru ini pula dia sempat berkunjung ke sebuah kelab malam di sana. Kunjungannya di kelab malam itu juga turut disambut baik oleh para wanita yang bekerja di kelab tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, Ebit Lew memberitahu dia mengunjungi kelab malam itu untuk berjumpa dengan wanita malam ataupun pelacur yang bekerja di sana. Menurutnya lagi, ada yang mula bekerja semenjak usia remaja lagi gara-gara desakan hidup.

Ebit Lew memberitahu wanita-wanita malam itu kelihatan begitu gembira untuk memberikan masa berbual sebentar bersama pendakwah tersebut. Malah mereka juga mengenali Ebit Lew dan pernah melihat video-video yang dikongsikan di media sosial.

“Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibu bapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya.”

Menurutnya, kebanyakan mereka yang bekerja di sana adalah dari golongan susah dan terpaksa bekerja di situ kerana desakan hidup. Ada yang sudah mula bekerja seawal usia 14 tahun disebabkan ingin membantu keluarga yang dalam kesusahan.

Tidak kurang juga ada ibu tunggal yang bekerja di sana untuk membesarkan anak secara seorang diri selepas hidup tanpa suami. Ebit Lew turut meluahkan rasa terkejut apabila kebanyakan mereka dilihat menangis teresak-esak walaupun mereka mungkin tidak faham hampir kesemua percakapannya di situ.

Dalam masa yang sama, pendakwah itu juga sempat memberikan mereka jubah dan tudung sebagai hadiah. Kunjungan Ebit Lew di kelab malam tersebut juga turut menerima pujian dari ramai yang berterima kasih dengan perjuangannya menyantuni golongan yang memerlukan kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.