Ebit Lew dan budak Punk solat zohor sama-sama buat netizen sebak

Ebit Lew dan budak Punk solat zohor sama-sama buat netizen sebak

Seperti ramai yang sedia maklum, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) kini berada di Indonesia dan sempat meluangkan masa bersama dengan penduduk di sekitar Jakarta sebaik tiba di sana.

Menerusi perkongsian reels di akaun Instagram milik Ebit Lew, difahamkan dia berjumpa dengan beberapa orang dari kumpulan ‘punk’ malah ada juga yang badan penuh dengan tatoo.

Sebak sayu rasa jumpa 2 orang anak punk ini di Jakarta. Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas je di jalan.

Solat Zohor sama-sama

Lebih menyedihkan apabila mereka berkongsikan kisah sedih kepada Ebit Lew dengan mengatakan bahawa mereka hanya tinggal di bawah jambatan dan hidup merata.

@ustazebitlew Tangisan anak jalanan Jakarta Indonesia #viral #fyp#ebitlew#fyp#ebitlew ♬ Cinta Sampai Mati 2 – Kangen Band

Selepas selesai makan bersama, Ebit Lew mengajak mereka untuk mendirikan solat Zohor selepas sekian lama meninggalkan rukun Islam yang kedua itu.

Perkongsian Ebit Lew di akaun Instagram dan juga TikTok miliknya meraih pujian dari netizen yang rata-rata memuji serta berterima kasih atas usaha mendorong geng ‘punk’ tersebut untuk kembali taat kepada agama.

Semoga Allah merahmati kebaikan ustaz dunia dan akhirat.

Video tersebut telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan di akaun media sosial milik Ebit Lew setakat ini.

Pelajar sekolah gaduh bawak buaya gemparkan penduduk, “lejen habis dia ni”

Langgar sikit je Range Rover, sekali lelaki tunjuk bil yang kena bayar, melopong semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published.