Ebit Lew duduk satu hotel dengan Sultan Kelantan di Jerman

Pendakwah bebas, Ebit Lew bertemu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sewaktu berkunjung di Jerman.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ebit melahirkan rasa terharu apabila Sultan Muhammad V mengingati kali terakhir pertemuan ialah kira-kira tiga tahun lalu.

“Rezeki jumpa Tuanku di Jerman, Daulat Tuanku. Alhamdulillah, terharu Tuanku ingat lagi kali terakhir jumpa tiga tahun lepas masa saya ceramah di masjid di sana (Kelantan).

“Tuanku peramah dan mesra. Rezeki hotel sama,” katanya pada media sosial beliau.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan kesejahteraan Sultan Muhammad V.

“Semoga Tuanku sihat panjang umur, murah rezeki, dikabulkan doa dan terus memimpin dengan hidayah Allah. Semoga Allah lindungi daripada segala kejahatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.