Esok dah keputusan, Rosmah desak Hakim digugurkan kelayakan pada saat akhir

Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi orang kampung faham

Rosmah Mansor memfailkan permohonan saat akhir untuk membatalkan kelayakan hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan daripada menjadi hakim perbicaraan rasuahnya berkait projek solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim itu dijadual menyampaikan penghakimannya esok.

Permohonan itu difailkan Tetuan Akberdin & Co petang semalam dan kertas kausa diserahkan kepada pihak pendakwaan pada hari yang sama.

Perkara ini disahkan peguam Akberdin Abdul Kader, yang menganggotai pasukan guaman Rosmah.

FMT difahamkan permohonan itu dibuat berikutan penyiaran “draf penghakiman” bocor oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin minggu lepas

Permohonan itu menyatakan Zaini boleh terpengaruh kerana penghakiman yang didakwa itu ditulis oleh pihak ketiga.

Permohonan itu berkata Zaini boleh dipengaruhi kerana penghakiman yang dikatakan itu telah ditulis pihak ketiga.

Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, dakwaan kebocoran itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan. Kedua-dua undang-undang itu berkaitan pendedahan tidak sah maklumat sulit.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Sebelum ini, pejabat ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran itu sebagai cubaan sengaja untuk menjejaskan integriti operasi mahkamah dan pentadbiran keadilan.

Dakwaan kebocoran itu berlaku kurang seminggu selepas satu lagi kebocoran “draf penghakiman” rayuan SRC International Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan melalui rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Baca:

Tun Mahathir dikejarkan ke IJN selepas positif covid-19, ini keadaan semasa

PM umum berita baik untuk penjawat awam, naik gaji!

Anak Najib menangis bapanya tak dapat minum starbuck dalam penjara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *