Fakta sebenar tuala wanita yang ramai tak tahu, “dulu moyang kita pakai daun kering je”

Fakta sebenar tuala wanita yang ramai tak tahu, "dulu moyang kita pakai daun kering je"

Fakta sebenar tuala wanita yang ramai tak tahu, “dulu moyang kita pakai daun kering je”. Tahukah anda apa yang nenek moyang kita di seluruh dunia gunakan untuk menguruskan haid sebelum terciptanya tuala wanita pakai buang? Lain zaman, lain caranya.

Ada yang menggunakan daun kering, kertas, rumpai (moss) dan kulit haiwan, dan kemudiannya menggunakan kain yang dipotong-potong atau kapas yang digulung dan dimasukkan ke laluan faraj atau diikat ke pakaian dalam.

Pada tahun 1921, pengurusan haid melalui revolusi dengan terjualnya tuala wanita pakai-buang komersil pertama di dunia. Dari situ, produk pengurusan haid pakai-buang terus berkembang dengan ciptaan pelbagai bahan sintetik seperti plastik dan polimer penyerap yang semakin lama, semakin fleksibel dan semakin murah.

Ini menyebabkan lebih ramai wanita memilih untuk menggunakan produk yang lebih mudah dan murah iaitu produk pengurusan haid pakai buang yang rata-ratanya diperbuat daripada bahan mentah plastik.

Adakah tuala wanita pakai buang boleh menyumbang pada fenomena pencemaran plastik yang membahayakan alam sekitar?

Mari kita lihat apa kandungan satu tuala wanita pakai buang.

Satu pad plastik terdiri dari 90% bahan plastik! Dengan pengecualian bahan selulosa pulpa kayu atau kapas yang digunakan sebagai bahan penyerap dan bahan kimia seperti bahan anti bakteria dan pewangi, hampir keseluruhan tuala wanita diperbuat dari plastik jenis:

-polyethylene (PE, yang biasanya digunakan untuk membuat beg plastik)
-polypropylene (PP, yang biasanya digunakan untuk membuat bekas makanan)
-bahan perekat sintetik (seperti gam yang digunakan dalam hot glue gun)
-super absorbent polymer (SAP, seperti yang digunakan dalam lampin bayi).

Bahan-bahan plastik ini, bersama jutaan lagi jenis barang plastik sekali guna (single-use plastics) seperti penyedut minuman atau cawan plastik, diperbuat dari pelbagai olahan bahan mentah petroleum atau petrokimia.

Bahaya sisa plastik seperti tuala wanita pakai buang kepada alam sekitar

Kenapa bahan petrokimia seperti plastik dan polimer penyerap ini bahaya apabila dibuang dan dibiarkan mereput di tapak pelupusan sampah (landfill)?

Berlainan dari bahan organik seperti serat buluh dan tumbuhan lain yang boleh terus lupus menjadi bahan organik bernutrien, bahan sintetik plastik hanya boleh mereput perlahan-lahan menjadi kepingan yang lebih kecil dan tidak boleh degradasi, lupus atau hilang sepenuhnya.

Bahan plastik kecil yang dinamakan mikroplastik dan bersaiz kurang dari 5mm ini mungkin tidak lagi kelihatan di mata kasar, tetapi ia akan terus kekal sehingga antara 500-800 tahun lamanya!

Dalam proses mereput ini, plastik yang merupakan bahan kurang stabil dan mengandungi pelbagai bahan kimia tambahan seperti pthalates dan dioxins, akan melepaskan bahan kimia berbahaya tersebut dan melarutresap (leach) ke dalam tanah dan sumber air bawah tanah. Apabila bahan-bahan ini meresap ke dalam tanah di mana makanan kita ditanam dan ke dalam sumber air yang kita gunakan untuk minum, kita akan terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser dan gangguan hormon.

Sumber: https://oceanservice.noaa.gov/hazards/marinedebris/plastics-in-the-ocean.html

Bukan itu sahaja, apabila kepingan plastik ini dibiarkan di tapak pelupusan sampah yang terbuka, kebanyakannya akan diterbangkan oleh angin atau burung ke sumber air berdekatan seperti sungai dan sampah plastik ini akhirnya dibawa ke laut. Ini berbahaya kerana ada haiwan seperti penyu dan ikan yang akan terperangkap dalam kepingan plastik dan mati akibat kesesakan nafas.

Mikroplastik yang termasuk ke dalam saliran air juga akhirnya akan sampai ke sungai dan seterusnya ke laut. Haiwan-haiwan kecil seperti udang, sotong dan ikan mungkin akan memakan mikroplastik ini – akhirnya, apabila ditangkap dan dijadikan hidangan untuk manusia, bahan plastik itu akan dipindahkan ke dalam badan manusia pula. Rantaian makanan yang dahulunya hanya lumrah alam semulajadi sudah bertukar menjadi toksik akibat kecuaian manusia sendiri – dari plastik yang dibuang menjadi plastik yang dimakan.

Kesan pencemaran plastik sangat besar dan impaknya sangat luas, tetapi di sini dapat disimpulkan bahawa pencemaran plastik bukan sahaja menyebabkan alam sekitar nampak kotor, berbau busuk dan boleh membunuh haiwan darat dan laut, malahan juga boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada kesihatan manusia.

Sekalipun plastik sudah menjadi kelaziman yang tidak dielakkan dalam kehidupan seharian, kita masih boleh memilih untuk mengurangkan penghasilan sisa atau sampah plastik sekali guna (single-use plastics) dengan menggantikan barang pakai buang (disposables) dengan barang guna semula atau ulang pakai (reusables).

Salah satu aspek kehidupan plastik pakai buang yang boleh ditambahbaik ialah produk pengurusan haid. Suci Cup boleh diguna semula sehingga 10 tahun dan boleh mengelakkan anggaran 1400* keping tuala wanita plastik dari dibuang ke tapak pelupusan sampah bagi setiap pengguna.

Nasi Lemak paling mahal di dunia ditemui, nak pengsan tengok harga

Istana RM14 Billlion di Singapura ini rupanya milik TMJ

Rupanya Malaysia dan Morocco banyak persamaan yang ramai tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *