Fenomena matahari lenyap cetus rasa panik penduduk

Fenomena matahari lenyap cetus rasa panik penduduk

Satu laporan mengenai kesan yang dialami Bumi sekiranya Matahari lenyap telah mencetuskan panik dalam kalangan netizen dengan ramai meluahkan rasa bimbang dan resah mengenai fenomena tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Laporan dikeluarkan majalah New Scientist itu mendakwa bahawa sekiranya Matahari lenyap, Bumi akan terapung dan ‘hanyut’ di angkasa lepas.

Penduduk Bumi bagaimanapun didakwa tidak akan berdepan dengan kegelapan selama lapan minit, iaitu tempoh masa diambil bagi cahaya Matahari untuk sampai ke planet ini.

Sekiranya Matahari lenyap, manusia tidak akan menyedari keadaan itu selama lapan minit.

Fenomena matahari lenyap cetus rasa panik penduduk

Laporan itu mencetuskan kebimbangan bahawa manusia tidak akan menyedari mengenai kehilangan Matahari selama tempoh masa tersebut, sebaliknya Bumi akan terus terapung di angkasa lepas.

Seorang pesohor media sosial dari Britain, LittlestChicken, berkongsi pandangannya mengenai laporan tersebut yang menambahkan lagi kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

“Laporan itu mendakwa bahawa sekiranya Matahari lenyap, kita tidak akan menyedari fenomena itu selama lapan minit.

“Bagaimanapun, sejurus selepas kita menyedarinya, ia sudah tidak berguna lagi kerana Bumi akan terapung di angkasa lepas sehingga ia menemui bintang baharu.

“Bermula saat ini sehingga saya mati, saya akan sering memikirkan mengenai apa yang akan terjadi sekiranya kita terapung di angkasa lepas,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pakar dari India, Dharmendra Bhatia menjelaskan mengenai laporan tersebut dengan menyatakan bahawa fenomena tersebut akan menyebabkan suhu Bumi jatuh mendadak, sekali gus menyukarkan manusia untuk terselamat.

Ini kerana, Matahari merupakan pusat kepada graviti dalam sistem solar.

Bagaimanapun menurutnya, selepas beberapa pelanggaran, sistem solar mungkin akan menemui pusat baharu.

“Mungkin ia adalah Musytari, atau planet gergasi baharu yang terhasil selepas pelanggaran Musytari dengan objek-objek lain yang mengorbit Matahari.

“Sekiranya Bumi ‘cukup bertuah’ dalam mengelak daripada terlibat dengan pelanggaran dan tidak terapung di angkasa lepas, ia mungkin mula berputar di sekeliling pusat baharu,” katanya.

Pesawat hilang lebih 37 tahun tiba-tiba mendarat di airport kejutkan dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.