Gadis cantik jatuh dari ketinggian 1,000 meter, payung terjun gagal berfungsi

Gadis cantik jatuh dari ketinggian 1,000 meter, payung terjun gagal berfungsi. Seorang wanita di Perancis disahkan maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka dan menyebabkan mangsa terhempas ke atas tanah.

Memetik laporan Mirror UK, mangsa yang dikenali dengan nama Romane Hourcastagnou berusia 23 tahun itu merupakan seorang penerjun professional malah dia juga telah melakukan lebih daripada 100 terjunan sebelum ini.

Difahamkan, kejadian ngeri itu berlaku semasa mangsa bersama 10 orang penerjun berpengalaman yang lain melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran dengan rumahnya.

Namun siapa sangka, payung terjun yang digunakan mangsa ketika melompat dari dari sebuah pesawat pada ketinggian 1,000 meter gagal terbuka dan mengakibatkan mangsa terjatuh.

Menurut saksi, mangsa cuba melakukan gerakan kecemasan namun percubaannya itu gagal disebabkan kelajuan terjunan mangsa serta faktor ketinggian. Menurut laporan, beberapa penerjun cuba membantu mangsa namun tidak berjaya. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.