Gelagat lelaki raba wanita atas motosikal curi tumpuan orang ramai, tak senonoh. Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan nekad raba dan cium seorang penumpang motosikal wanita dalam kejadian di sebuah jalan raya di Bandung, Indonesia.
Memetik laporan Detik.com, aksi raba dan cium penumpang motosikal itu dipercayai telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain sehingga ia menjadi tular di media sosial.
Menerusi video itu, penunggang motosikal dilihat sedang berhenti di simpang jalan di Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.
Tidak lama kemudian, dua kanak-kanak itu datang dan meraba serta mencium punggung wanita tersebut.
Sementara itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung, Idris Kuswendi berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai insiden tersebut.
“Kedua-dua kanak-kanak itu telah dapat dikesan. Kami juga sudah memanggil ibu bapa mereka untuk membantu siasatan,” katanya.
Hasil siasatan juga mendapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu bukan anak jalanan.
Difahamkan, mereka adalah penduduk di kawasan sekitar dan sememangnya sering keluar bermain di jalan raya.
“Mereka penduduk di sekitar situ, cuma budak-budak nakal. Kadang-kadang mereka bermain di atas jalan,” kata Idris.
BACA JUGA:
“Peja jangan hisap gam!” bergema di stadium nasional, ini respon menteri
Lelaki ini dedah bagaimana modus operandi Air Asia ‘tipu’ pelanggan, siap bagi bukti
Malaysia VS Bangladesh : Penyokong harap PM tak hadir ke stadium malam ni