Geng intai perempuan mandi tumpas

Geng intai perempuan mandi tumpas. Kegitan kumpulan voyeurisme (perbuatan mengintai orang bertelanjang) di Jepun akhirnya tumpas selepas lebih 30 tahun merakam gambar dan video ribuan wanita ketika mandi di kolam air panas di seluruh negara itu.

Pihak polis Jepun mengenalpasti antara yang ditahan adalah pegawai kerajaan, seorang doktor dan eksekutif kanan syarikat. Tangkapan kumpulan tersebut melibatkan 16 orang lelaki selepas penahanan seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan itu, Karin Saito, 50, pada Disember 2021 lalu.

Saito dikenali sebagai seorang pengintai berkarisma kerana menggunakan teknologi canggih ketika merakam. Kumpulan tersebut mempelajari teknik voyeurisme itu daripada Saito apabila mereka juga menggunakan pelbagai peralatan yang berkualiti tinggi seperti kanta telefoto sambil bersembunyi di pergunungan untuk merakam sekurang-kurangnya 10,000 wanita yang mandi di kolam air panas.

Lebih teruk lagi mereka sering mengadakan perhimpunan untuk tayangan video yang telah lengkap disunting dengan sari kata itu.

Kesemua lelaki itu didakwa telah melanggar ordinan pencegahan gangguan, undang-undang fotografi haram dan pronografi serta disyaki melanggar undang-undang pronografi kanak-kanak.

Teknik orang cina buat ‘Loan Rumah’, orang melayu wajib kena belajar ni

Sikap suami Nurul Izzah buat ramai terkejut, “soalan bodoh pun dia layan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *