Geram ditipu, beli ganja tapi dapat rumput, lelaki nekad buat laporan polis

Geram ditipu, beli ganja tapi dapat rumput, lelaki nekad buat laporan polis. Nak beli ganja sekali kena tipu dapat rumput! Seorang pemandu e-hailing motosikal, di Indonesia menerima nasib yang malang selepas dia dipercayai ditipu ketika hendak membeli ganja.

 

Susulan daripada itu, lelaki ini bertindak membuat laporan polis di balai polis Palembang sebelum video tersebut tular di media sosial.

Kena tipu pula

 

Menerusi video pendek dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram memaparkan seorang lelaki yang berkongsi kisah duka selepas dia dipercayai ditipu dan tidak mendapat ‘barang’ seperti mana yang dijanjikan.

Sebagai bukti, lelaki ini turut membawa satu bungkusan berisi rumput sebelum bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

Dakwa lelaki ini lagi, dia telah membayar sebanyak 50,000 rupiah (anggaran RM14.67) untuk membeli ganja namun dia hanya mendapat rumput.

Saya bayar 50,000 rupiah tuan, saya sudah bayar wang tapi hanya diberi ini (rumput), saya kerja sebagai pemandu e-hailing.

Apa yang lebih melucukan apabila lelaki ini mengaku yang dia datang ke balai polis bagi melaporkan atas apa yang terjadi kepadanya.

Ketika disoal sama ada penggunaan ganja dibenarkan atau tidak oleh pegawai polis, lelaki ini dilihat kebingungan dan turut terdengar ketawa pegawai yang lain.

Jadi apa tujuan kamu datang sini? Nak buat laporan kena tipu beli ganja?

Sumber: Fakta.Indo

Leave a Reply

Your email address will not be published.