Geram jalan dah lama berlubang, MP dari Sabah nekad tampal sendiri sepanjang malam

Geram jalan dah lama berlubang, MP dari Sabah nekad tampal sendiri sepanjang malam

Kecewa dengan kerajaan yang lambat bertindak berhubung jalan berlubang di kawasannya, Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman mengambil inisiatif sendiri dan menghabiskan sepanjang malam untuk membaikinya.

Katanya, beliau menerima banyak aduan kerosakan jalan di kawasannya dan melihat video tular yang didakwa menunjukkan jalan berlubang sehingga menyebabkan kemalangan.

Wakil rakyat Warisan itu segera bertindak dengan membeli peralatan untuk pasukan sukarelawannya bagi menampal jalan berlubang itu.

Beliau memuat naik gambar pasukannya bekerja di bawah panas terik dari tengah hari hingga tengah malam.

Azis berkata, kerja membaiki jalan rosak sepatutnya dilaksanakan kerajaan memerintah, bukan Ahli Parlimen.

Tambahnya, beliau pernah membangkitkan isu jalan rosak beberapa kali di Dewan Rakyat, tetapi tiada peruntukan disalurkan kepadanya.

“Segala peruntukan mereka yang kawal. Peruntukan tidak disalurkan pun kepada saya. Tetapi saya faham mungkin kerajaan negeri tidak menerima peruntukan mencukupi dari kerajaan persekutuan.

“Maka, saya ambil keputusan dan inisiatif untuk bertindak dengan dana dan jentera yang saya usahakan sendiri,” katanya dalam catatan di Facebook, sambil mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan penyumbang yang membantu usaha itu.

Katanya, tindakan itu bukan bertujuan meraih undi atau simpati rakyat.

“Kepada yang sudah lama mengikuti saya di laman Facebook, anda semua tahu saya bukanlah pemimpin yang turun bermusim hanya apabila pilihan raya semakin dekat.”

Pemuda ini tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II, sekali ini yang jadi

Air Kelantan makin kotor, lelaki ini dedah alami penyakit kulit sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published.