Gila..Cucu nekad simpan mayat nenek berbulan-bulan dalam peti ais, sekali ini yang jadi

Gila..Cucu nekad simpan mayat nenek berbulan-bulan dalam peti ais, sekali ini yang jadi.

Seorang lelaki di Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan membunuh neneknya dengan menyumbat warga emas itu di dalam peti sejuk ketika mangsa masih lagi hidup, kemudian menyembunyikan mayatnya selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Star.

Mengaku amat sayangkan nenek

Pegawai penyiasat Polis Daerah Floyd, Brittany Werner berkata, suspek Robert Tincher III, 29 tahun, didakwa membunuh neneknya Doris Cumming, 82 tahun, pada Disember tahun lalu dan menyimpan mayatnya di dalam peti sejuk serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak berkuasa.

Suspek memasukkan mangsa ke dalam beg plastik dan dia masih lagi bergerak ketika disumbat ke dalam peti sejuk.

Daripada pengesahan kami, ketika kejadian, suspek percaya mangsa masih bernafas dan bergerak ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Selepas beberapa bulan mangsa meninggal dunia, suspek memindahkan peti sejuk itu ke sebuah lokasi lain dengan mayat mangsa masih berada di dalamnya.

Suspek menjelaskan dia enggan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa kerana mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan terhadap dirinya berhubung ancaman keganasan yang dibuat terhadap bekas isterinya menerusi akaun media sosial.

Sementara itu, Werner berkata, suspek bagaimanapun mengakui amat sayangkan neneknya.

Suspek berkata bahawa mangsa merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memberikan kasih sayang dan perhatian yang dia perlukan.

Biro Siasatan Georgia kini sedang melakukan bedah siasat bagi menentukan punca dan waktu kematian mangsa.

BACA: 

Pembaca berita TV3 tiba-tiba menangis masa baca berita buat semua penonton terkejut

Isteri ‘kantoi’ terlanjur 2 kali dengan lelaki lain depan suami, sekali ini yang suami lakukan depan anak-anak..

3 pasangan dicekup setubuh luar nikah di bulan Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published.