Habis kubah masjid ranap terbakar. Jakarta Islamic Centre di Jakarta Utara, Indonesia mengalami kebakaran marak sehingga menyebabkan struktur kubahnya runtuh dalam satu kejadian pada Rabu, lapor Kompas.
Kejadian kebakaran yang melanda institusi yang turut berfungsi sebagai masjid dan Lembaga Kajian dan Perkembangan Islam itu turut sempat dirakam oleh orang awam berhampiran.
Menurut Kompas, berdasarkan maklumat daripada Pusat Kawalan Pemadam Kebakaran Jakarta, sekurang-kurangnya 10 jentera bomba dengan kekuatan 55 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Kerja-kerja pemadaman api marak itu berjalan dengan tindakan awal daripada lima jentera bomba pertama.
Berdasarkan rakaman kejadian yang tular, api yang marak memakan sebahagian besar struktur kubah hingga ‘tenggelam’ dalam kebakaran sebelum roboh ke tanah.
ini kak pic.twitter.com/4hdf2WgOFV
— ️️nayee (@klffiva) October 19, 2022
Dalam masa sama asap berwarna hitam berkepul-kepul yang menjulang ke udara menambahkan lagi suasana cemas di lokasi kejadian.
Islamic center jakarta utara .. Innalillah
Semoga tidak ada korban jiwa pic.twitter.com/SOE1g8cEW9— YudhaNS90 (@Yudhanu30921455) October 19, 2022
Sementara itu di media sosial, tular beberapa rakaman memaparkan suasana kejadian kebakaran tersebut termasuklah detik-detik struktur kubah berkenaan runtuh.
“Ya Allah. Astaghfirullahaladzim,” terdengar suara jeritan orang awam berhampiran dalam video yang tersebar di media sosial.
Bagaimanapun punca kejadian belum dikenal pasti lagi setakat ini.
Isu Mossad: Rakyat Israel perli netizen Malaysia – ‘The koyak army’
Isteri mengidam bau ‘Ex-boyfriend’, sekali dapat tahu bayi dikandung bukan anaknya