Hans Isaac terlibat politik wang ‘rahsia’ menang pemilihan PKR?

Menang Ketua Cabang PKR: Ini repons Hans Isaac selepas didakwa terlibat politik wang. Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Pegawai politik pejabat Hans, Nadhirah Farhanah dalam satu kenyataan berkata, penyandang Ketua Cabang Ampang yang baharu itu sentiasa bersikap profesional dan berintegriti dalam melaksanakan sesuatu tugas.

“Sekali lagi, ditegaskan bahawa Hans sama sekali tidak terlibat dan menafikan semua dakwaan yang dilemparkan serta tohmahan palsu itu,” kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di laman sosial Hans, malam ini.

National Film Development Corporation Malaysia’s (Finas) chairman Datuk Hans Isaac.

Terdahulu, tular sepucuk surat dialamatkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendakwa Hans terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu bagi Cabang Ampang pada 29 Jun lalu.

Berdasarkan surat itu, Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, dan wakilnya didakwa ‘membeli undi’ melalui pengecaman gelang tangan bercetak ‘Ayuh Ampang Baru’.

Mengulas lanjut, Nadhirah berkata tindakan tersebut disifatkan satu cubaan untuk menjatuhkan nama baik dan reputasi dalam karier politik Hans.

Tegasnya lagi, sistem demokrasi yang diamalkan pada ketika ini nyata menunjukkan Hans merupakan pilihan pengundi PKR di Ampang, selain sokongan pengundi atas pagar yang mahukan pembaharuan.

Justeru, Nadhirah berkata Hans akan menyerahkan kenyataan rasmi dan laporan kepada pihak berwajib dan JPP bagi menganalisis serta meniliai aduan dan tuduhan tidak berasas itu bagi menepis segala fitnah yang dilemparkan.

Hans menang dengan 748 undi pada Pemilihan PKR Cabang Ampang yang diadakan semula pada 29 Jun lalu.

Pada 29 Mei lalu, Daing Muhammad Reduan Bachok menewaskan Hans dan seorang lagi selebriti, Altimet dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang.

Bagaimanapun, berikutan dakwaan pelanggaran etika dalam pemilihan cabang berkenaan, JPP PKR telah menubuhkan panel siasatan yang kemudiannya mendapati Daing Muhammad terlibat dalam kegiatan “membeli undi”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.