‘Hantu pun dah pandai order food panda’ -Rider terima order dari rumah kosong seram

‘Hantu pun dah pandai order food panda’ – Rider terima order dari rumah kosong seram. Menjadi seorang rider pasti pernah mengalami pengalaman seram bukan?

Iyalah, bila dapat order pastinya kita akan hanya bergantung kepada aplikasi Waze atau Google Maps sahaja untuk sampai ke lokasinya.

Tetapi kadangkala, aplikasi itu pula tidak betul dan membawa ke tempat-tempat menyeramkan betul tak?

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial, apabila seorang rider berkongsi kisah ketika mendapat pesanan pada pukul 10 malam. Namun, lokasi untuk menghantar makanan pula membuatkan ramai berasa seram.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tiadanamapon

Nasib si rider

♬ Pulangkan – Misha Omar

Dapat order pukul 10 malam, bila sampai rumah kosong tak ada orang

Menerusi perkongsian berkenaan, kelihatan seorang rider berkongsi kisah ketika dia mendapat pesanan kira-kira pada pukul 10 malam.

Situasi menjadi seram apabila dia mengikut waze tetapi aplikasi itu membawanya ke sebuah rumah kosong. Malah, tempatnya juga sunyi dan gelap membuatkan dia berasa seram.

Melihat kepada situasi itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah yang memesan makanan pada waktu tersebut. Malah, melalui pengalaman rider yang lepas mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.

“Kesian hantu tu lapar bang. Nak keluar beli makanan takut orang lari. Itu yang order dari foodpanda tu” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 147.1K views, 606 retweets dan 1,542 likes di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa seram dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Disuruh naik Proton Wira, founder rasa geli nak naik dikecam – “uew tak nak lah”

Sultan Selangor serah KL kepada kerajaan pusat, dapat RM7.5 setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© Oh! Viral News 2023 | Designed by PixaHive.