Hanya edit video, gaji remaja 20-an ni dah capai RM20,000, siap kongsi rahsia cara buat

Hanya edit video, gaji remaja 20-an ni dah capai RM20,000, siap kongsi rahsia cara buat

Hanya edit video, gaji remaja 20-an ni dah capai RM20,000. Seorang remaja berusia 24 tahun telah berkongsi dengan laman Instagram MalaysianPayGap mengenai gaji dan kerja beliau sebagai penyunting video. Sepanjang menjadi orang belakang tabir untuk suntingan video, beliau telah memperoleh sebanyak RM20,000.

Memetik Thevocket, “Saya berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran. Saya bekerja sebagai krew kabin untuk kedua-dua syarikat penerbangan dan mendapati ia tidak sesuai untuk saya.

“Semasa PKP pada tahun 2021, saya mula belajar menyunting video kerana terperangkap di rumah. Selepas 1 tahun, saya sudah menjana lebih banyak wang yang pernah saya fikirkan, dan ia sudah pasti mengubah fikiran”, tambahnya.

Hanya edit video, gaji remaja 20-an ni dah capai RM20,000, siap kongsi rahsia cara buat

Permulaan karier beliau sebagai seorang penyunting video adalah dengan membina hubungan dengan pemilik perniagaan atau agensi pemasaran yang ada di Facebook. Satu hal yang beliau sedar, dengan membina hubungan baik dengan potensi pelanggan, ia memudahkan kerja beliau.

Kebanyakan pelanggan saya adalah dari luar negara dan sebagai editor video bebas, pasti ada kebaikan dan keburukan”, katanya. Antara kebaikannya adalah bekerja dari rumah, dapat bayaran dalam USD, anda adalah bos kepada diri sendiri, bagus jika anda seorang introvert, lebih banyak bekerja dan lebih banyak wang yang anda dapat.

Gaji Hakim di Malaysia yang ramai tak sangka, siap ada 19 ‘elaun’

Gaji sebenar Syeikh Sudais, Imam Besar Masjidil Haram ini pasti buat anda terkejut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *