Hanya kerana mimpi wanita lain, isteri geram simbah air panas di alat sulit suami

Hanya kerana mimpi wanita lain, isteri geram simbah air panas di alat sulit suami. Seorang wanita di La Paz, Bolivia ditahan polis gara-gara menyimbah air panas pada alat sulit suaminya hanya kerana lelaki tersebut bermimpi wanita lain ketika sedang tidur.

Difahamkan, mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang tidur, namun secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cinta terhadap wanita lain dalam keadaan mengigau.

Bengang suami tersayang menyebut nama perempuan lain, si isteri bergegas ke dapur dan mengambil air panas lalu menyimbah pada alat sulit lelaki terbabit.

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, bahagian belakang badan serta lengannya.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada lelaki tersebut yang melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis atau jeritannya itu didengari oleh jiran-jirannya.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.

Baca Juga :

Kantoi ‘main’ dengan isteri orang, pemuda berbaju BN lari terjatuh dari tingkat empat selepas suami pulang

Mesej ajak ‘main’, Baby Shima dedah muka pelaku sebenar

Bakal pengantin usia 23 tahun kena raba, rogol oleh bomoh dari Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *