Harga tanah cecah RM3 Juta, penduduk kampung ini automatik jadi jutawan

Harga tanah cecah RM3 Juta, penduduk kampung ini automatik jadi jutawan. Penduduk di daerah Bener, Indonesia dilaporkan bakal menjadi jutawan setelah menerima pulangan wang tunai bernilai Rp 9 bilion (RM2.7 juta) apabila menjual tanah milik mereka lapor Kompas.com.

Dalam laporan tersebut, seorang penduduk yang berasal dari Kampung Wadas di daerah Bener wilayah Purworejo berkata bahawa dia pada awalnya menolak tawaran untuk menjual tanah miliknya.

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya mengubah fikiran dan bersetuju untuk menjual aset tersebut untuk dijadikan kawasan empangan ekoran harga yang ditawarkan agak lumayan.

“Sekarang kami sudah mempunyai perjanjian, hanya tunggu pengesahan. Insya Allah akan menerima sekitar RM2.7 juta.
“Dulu saya pernah menolak tawaran tersebut bahkan mengikuti protes bersama penduduk Wadas namun sekarang saya bersetuju. Perancangan saya seterusnya adalah untuk membeli tanah di kawasan lain,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang penduduk kampung itu juga yang berusia 45 tahun turut merancang untuk melakukan ibadah Haji setelah mendapat wang jualan tanah tersebut.

“Langkah yang saya lakukan bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran Haji agar lebih cepat pergi,” katanya.

Tambahnya, dia merancang untuk membawa ibu, suami dan keluarganya untuk segera berpindah kerana mereka sudah tidak selesa dengan keadaan kampung.

Bagaimanapun, masih terdapat penduduk kampung yang menolak tawaran tersebut sehingga kini dengan sejumlah 35 bidang tanah masih belum diventori dan dikenalpasti.

Ini gaji doktor pakar di Malaysia mengikut bidang, pakar ortopedik paling kaya

Menitis air mata ‘Ane’ dah nak tinggalkan Malaysia, 20 tahun tebar roti canai di sini

Gaji Hakim Mahkamah Tinggi di Malaysia, siap ada 19 jenis elaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *