“Harga telur mahal? Kurangkan makan telur”, Pengarah KPDNHEP Melaka kena kecam bagi idea ‘sampah’. Isu kenaikan harga barang di negara ni semakin menjadi perhatian ramai pihak.
Pelbagai barang keperluan harian dan makanan telah mengalami kenaikan harga.
Seperti yang dijangkakan, pada 1 julai, kenaikan kebanyakan barang telah berlaku seperti minyak masak, telur dan ayam segar.
Terbaru, tular satu video yang disiar pengguna FB, Mohd Mukhlis Mohd Sharif yang menunjukkan Pengarah KPDNHEP Melaka telah mengesyorkan langkah menghadapi krisis kenaikan barang terutamanya telur.
Norena Jaafar telah menyarankan kepada pengguna untuk menggurangkan makan telur sebagai usaha menghadapi masalah kenaikan harga bahan keperluan tersebut.
Kenyataan dan video ini telah menerima kecaman ramai apabila cadangan dan saranan ini dianggap sebagai ‘bodoh’.
Tidak kurang juga ramai yang menggunakan kata-kata kes*t atas apa yang telah diperkatakan oleh Norena.
BACA:
Hans Isaac terlibat politik wang ‘rahsia’ menang pemilihan PKR?
Shuib dan Zara dilihat sedang bermesra, siap bagi ‘mini love’ lagi
Iqbal bagi tips berguna cara jaga seluar dalam, pakai dua tiga helai sehari