Hari sukan jadi kecoh – Pelari wanita kena kejar anjing, automatik lari laju! . Aksi pelari perempuan yang sedang fokus berlari di atas trek ketika acara larian di stadium bertukar kecoh apabila dia dikejar anjing yang muncul secara tiba-tiba.
Sudah pasti hari sukan merupakan hari yang anda tunggu-tunggu sewaktu zaman belajar dahulu, tidak kiralah sama ada ketika di sekolah rendah, menengah mahupun di universiti.
Ketika itulah anda dapat saksikan semangat kesukanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, orang yang tidak pernah menjadi kawan sebelumnya tiba-tiba bagaikan isi dengan kuku, tidak dapat dipisahkan (dalam ‘team’ bersama).
Dalam perkongsian @shfq.emyra baru-baru ini, ia menunjukkan seorang pelari perempuan yang dikejar oleh seekor anjing ketika ingin menyelesaikan lariannya di trek dalam satu acara larian.
Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa acara lumba lari yang berlangsung di Kompleks Sukan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
@shfq.emyra Tengok sampai habis , HAHAHAHAHA
Melihat rakaman video tular tersebut, pada awalnya semuanya terjadi seperti biasa iaitu setiap pelari masing-masing berlari dalam haluannya di trek.
Namun suasana tenang bertukar kecoh apabila seekor anjing berwarna hitam tiba-tiba muncul dari tepi stadium dan menuju masuk ke arah trek larian.
Anjing tersebut dilihat mula muncul di bahagian tempat duduk dan berlari melintasi padang sebelum bertindak mengejar salah seorang pelari tersebut.
Bukan setakat dikejar anjing, malah aksi seorang lelaki yang ingin menghalang anjing tersebut daripada terus mengejar pelari perempuan itu turut mencuit hati warganet.
Hal ini kerana ketika ingin menyepak anjing itu, lelaki tersebut tergelincir di atas trek. Baru sahaja berlagak mahu menjadi hero tetapi malang sungguh tidak berbau, dia pula tergolek di situ.
Rakaman mencemaskan itu tular di media sosial dan meraih perhatian ramai sehingga mendapat 538,800 jumlah tontonan, 59,000 tanda suka dan 1,246 komen setakat artikel ini ditulis.
The real “Kau lari saja laju-laju, bayangkan ada anjing kejar kau’
Tidak hanya itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang dikaitkan dengan ‘kata-kata’ yang sering dilemparkan oleh para guru sewaktu sukan.
“Anggap saja macam kena kejar dengan anjing,” antara komen yang ditinggalkan.
Malah, warganet juga turut terhibur dengan gelagat anjing yang tiba-tiba muncul di kawasan trek dan bertindak untuk mengejar salah seorang pelari perempuan.
Ada juga komen yang ditinggalkan berkenaan lirik lagu yang berlegar-legar di laman TikTok pada ketika ini.
“Semakin kukejar, semakin kau jauh…” komen individu tersebut.
Individu kongsi kena maki dalam bahasa mandarin dalam lif, “ingat saya tak faham ke?”
Gadis miskin umur 19 tahun dedah rahsia buat income dari RM500 hingga jadi RM9K