“Hentikan kegilaan ini!”- KJ mengamuk dengan Zahid

“Hentikan kegilaan ini!”, KJ mengamuk dengan Zahid. Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddn yakin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid seorang ‘pejuang’ dan tidak akan sesekali gentar untuk menghadapi saingan sekiranya kedudukan sebagai presiden dicabar dalam pemilihan parti.

Justeru, Khairy berkata UMNO seharusnya membuka ruang jawatan presiden untuk dipertandingkan bagi mengekalkan demokrasi dalam parti politik Melayu itu.

"Hentikan kegilaan ini!"- KJ mengamuk dengan Zahid

“Hentikan kegilaan ini, saya rasa presiden seorang pejuang (fighter) yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” katanya melalui muat naik di Instagram.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 140 Ketua UMNO Bahagian yang mengumumkan sokongan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan.

Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, yang mengetuai kumpulan itu berkata, ia sebagai persediaan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Ahmad Zahid.

Sebelum ini, AShmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan beliau sedia dicabar sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.

Tegas Ahmad Zahid, sebelum ini beliau juga pernah dicabar dalam pemilihan pada 2018, namun kedua-dua pencabarnya gagal memperoleh undi yang banyak.

Pada Pemilihan UMNO 2018, Ahmad Zahid diangkat sebagai Presiden selepas Datuk Seri Najib Razak melepaskan kedudukan itu dan mengalahkan pencabarnya.

Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pencabar termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika itu, Khairy yang mendapat 51 undi dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang memperoleh 23 undi.

Dua lagi pencabarnya yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin gagal memperoleh sebarang undi.

Lelaki selamba beri rokok kepada bayi untuk dihisap jadi tular

Bung Mokhtar mengamuk selepas digugur dari kabinet Hajiji, PRN Sabah lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *