Hotel paling murah di dunia diperkenal, hanya RM1 satu malam

Hotel paling murah di dunia diperkenal, hanya RM1 satu malam.

Ketika melancong di mana-mana negara, perkara paling utama yang perlu diberi perhatian adalah tempat penginapan. Pastinya kita akan cuba untuk memilih hotel paling murah, sesuai dengan bajet yang telah diperuntukkan.

Anda pasti tidak akan percaya bahawa ada hotel di dunia ini yang menawarkan harga sangat murah dan tidak masuk akal iaitu hanya 30 Taka (RM1.46) untuk satu malam.

Dikenali sebagai Hotel Faridpur, ianya terdiri daripada lima bot terapung yang berasingan di tebing sungai Buriganga, Dhaka, Bangladesh.

Ada 48 bilik

Menariknya, terdapat  48 bilik secara keseluruhan yang ditawarkan kepada pelancong dengan kemudahan seperti tandas, kipas, peralatan tempat tidur dan air yang telah dibersihkan.

Mereka menyediakan katil dua tingkat dalam ‘bilik’ terbuka yang dikongsi oleh puluhan tetamu.

Bagaimanapun, sesuai dengan harganya, kemudahan lain seperti Televisyen atau sajian makanan tidak disediakan.

Untuk pengetahuan, hotel terapung ini pertama kali membuka perkhidmatan penginapannya pada tahun 1950-an.

Ketika itu, ia dipenuhi oleh pedagang Hindu yang datang ke Dhaka untuk berdagang melalui sungai.

Dari semasa ke semasa, bilangan hotel itu bertambah, tetapi selepas merdeka, bilangannya semakin berkurangan kepada lima bot sahaja.

Walaupun dilihat serba kekurangan, hotel tersebut dikatakan sangat popular dalam kalangan pelancong, penduduk tempatan dan pekerja. Malah, ada yang tinggal selama berbulan-bulan.

Setiap tetamu diberikan lokar kecil untuk memastikan barang-barang mereka selamat.

“Kami mempunyai kira-kira 40 tetamu pada satu masa dan mereka akan tinggal selama tiga bulan,” kata

pemilik, Muhammad Mustafa Miyan ketika ditemubual Telegraph pada tahun 2016.

Bilik paling mahal RM6.90

Selain katil bertingkat biasa, hotel itu juga mempunyai kabin dan katil persendirian dengan kos yang sedikit mahal iaitu £1.25 (RM6.90) semalam.

Salah seorang penjual buah-buahan, Siraj Mohammad yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun di hotel tersebut berkata dia belajar untuk menyesuaikan diri dan merasa selesa dengan hotel yang buruk.

Dia dipercayai sering berulang-alik antara rumahnya di Shariatpur dan hotel itu.

“Saya datang ke Dhaka sebelum merdeka, pada masa itu terdapat sekurang-kurangnya lima puluh hotel terapung di Buriganga dan ia sangat murah.

“Bagi saya, ia pilihan terbaik untuk tinggal di Dhaka,” katanya.

Seperti beliau, terdapat sekurang-kurangnya 15 peniaga lain yang tinggal di hotel terapung ini selama lima hingga 20 tahun.

Video Penuh :

Sumber: ExpressThe Telegraph

 

BACA:

Remaja sekolah dirogol pesakit Covid-19 di pusat kuarantin, ini yang terjadi..

Isteri tengah berpantang, suami ‘setan’ sanggup bagi ubat tidur rogol bini sendiri

Netizen kecam Heliza Helmi, dah makin hilang ‘warak’ lepas kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published.