Husam Musa kini Pengerusi Syarikat Perumahan Negara

Husam Musa kini Pengerusi Syarikat Perumahan Negara

Penganalisa politik Mohd Sayuti Omar hari ini mendedahkan Husam Musa telah dilantik sebagai Pengerusi syarikat Perumahan negara Berhad (SPNB) oleh Pm Anwr Ibrahim. Berikut merupakan tulisanya di facebook.

TAHNIAH HUSAM

Untuk kesekian kali Husam mengunjungi untuk bertanya khabar mengenai perkembangan diri saya senja ini. Hadir sama sahabat Hishomuddin Bakar. Ada beberapa isu politik semasa diperkatakan yang terlepas dari perhatian saya sejak tiga minggu lepas. Semuanya menarik dan ada yang dramatik?

Apa yang menggembirakan saya petang ini apabila Husam beri tahu beliau diberi amanah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menerajui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selaku pengerusi yang terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Kerajaan Tempatan.

Perlantikan itu tepat dan satu tanggungjawab besar. Soal perumahan adalah menjadi perhatian umum dan agenda utama kerajaan Perpaduan bagi menjamin kediaman sekesa untuk rakyat.

Dengan pengalaman dan komitmen berkerja dimiliki bekas Exco itu kita yakin Husam dapat memikulnya dengan baik. Trims. Foto: Imso.

Betul ke Bank dah tak terima duit syiling, orang yang menabung macam mana pula?

Akak Cleaner terkejut jumpa sekeping syiling bernilai RM100,000