Imam Besar Masjidil Haram dihumban dalam penjara oleh Putera Mahkota

Imam Besar Masjidil Haram dihumban dalam dipenjara oleh Putera Mahkota

Imam Besar Masjidil Haram dihumban dalam penjara oleh Putera Mahkota . Normallah kalau buat salah, kena tegur. Tak tegur, kita akan ulangi kesilapan sama dan tiada keinginan untuk berhenti.

Tetapi bagi bekas Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Saleh al-Talib, harga teguran yang diterimanya amat besar. Ya, baru-baru ini beliau dikenakan hukuman penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana tegur!

Tapi sebelum itu, siapa Sheikh al-Talib ini? Beliau merupakan seorang ulama Saudi yang terkenal. Khutbah dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya diikuti oleh ramai orang di laman sesawang YouTube.

Hukuman tersebut dikenakan oleh Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh selepas keputusan pembebasan yang dibuat sebelum ini dibatalkan. 10 tahun penjara kerana tegur? Besar sangat ke dosa tegur sampai kena macam itu?

Bila diamati, rupanya teguran kepada pemerintah Arab Saudi. Bukan tegur secara terus, tegur cara halus lagi dalam khutbah.

Teguran Sheikh al-Talib mudah: jangan terlampau bebas bab hiburan. Ini selepas beliau mendapati kerajaan membenarkan terlalu banyak penganjuran konsert dan acara hiburan yang dianggap bertentangan dengan nilai agama dan budaya Saudi.

Salah satu konsert yang dianjurkan pada 2018 ialah konsert pasca-perlumbaan Formula E yang diadakan di Riyadh.

Selain itu, Sheikh al-Talib juga minta kerajaan agar pertimbang semula keputusan benarkan pergaulan bebas lelaki dan wanita serta pembukaan kelab-kelab malam. Baginya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan bertentangan dengan nilai agama dan budaya tempatan.

Bila tegur atas mimbar khutbah, teguran itu bersifat umum. Kalau ada terasa, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Agaknya murka, pemerintah de facto Saudi Putera Muhammad bin Salman (MBS) arahkan Sheikh al-Talib ditahan pada 2018 tanpa sebarang tuduhan dinyatakan.

Dengan hukuman penjara 10 tahun yang dinyatakan, beliau menyertai ramai figura Saudi yang dipenjarakan kerana mengkritik rejim MBS.

Sheikh al-Talib bukan satu-satunya individu yang dipenjarakan atas sebab kecil ini. Seorang lagi ulama Saudi yang kini dalam tahanan ialah Dr Salman al-Ouda. Kes Dr al-Ouda pun sama macam kes Sheikh al-Talib. Yang ini sebab ciapan di Twitter pada 2017 yang mahu negara-negara Teluk kembali berbaik.

Ciapan beliau dianggap panas kerana pada ketika itu, beberapa negara Teluk termasuk Arab Saudi kenakan sekatan ke atas Qatar. Akibatnya, Dr al-Ouda dan beberapa orang figura penting Saudi ditahan atas dakwaan keganasan.

Sekatan ke atas Qatar akhirnya tamat pada Januari 2021. Tapi orang yang tegur bab ini masih dalam lokap dengan keadaan kesihatan Dr al-Ouda dikatakan makin merosot.

Baca: Ustaz Kazim Elias akhirnya buka mulut alasan pergi ke majlis sumpah laknat Najib

Menteri dari Sabah pengsan ketika beri ucapan

Ismail kena ‘sorak’ bila Zahid sebut namanya dalam ucapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *