Individu kongsi kena maki dalam bahasa mandarin dalam train, “ingat saya tak faham ke?”. Malaysia adalah negara berbilang bangsa, dengan tiga kaum yang menjadi majoriti utama iaitu Melayu, Cina dan India. Perbezaan paling ketara antara tiga kaum ini, selain budaya adalah bahasa.
Malaysia menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Ia sering digunakan oleh masyarakat melayu. Bagaimanapun kaum Cina pula bertutur dalam bahasa mandarin dan India pula menggunakan tamil.
Bagi kaum melayu, tidak semua memahami Mandarin dan Tamil. Manakala bagi Cina dan India, mereka menguasai dua bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa Mandarin atau Tamil.
Dalam situasi tertentu, adalah baiknya untuk menguasai bahasa lain agar mudah untuk berkomunikasi. Dan dalam situasi yang lain pula, kita dapat memahami jika seseorang yang menggunakan bahasa asing tersebut sedang menyatakan sesuatu yang menghina kita.
Kelebihan memahami banyak bahasa ini dapat dilihat apabila tular satu kes di mana seorang pengguna Twitter menceritakan situasi beliau diherdik oleh seseorang berbangsa cina di dalam bahasa Mandarin.
1. It's so rude when you mengumpat orang tu depan² orang tu guna bahasa yang dia awak ingat dia tak faham 🤦🏻♂️
2. Padan muka kena sound macam ni 😠 ingat orang melayu tak tahu Mandarin ke
Siapa pernah kena macam ni? Laoshi 5 kali dah kena 🤦🏻♂️ Memang DIRECT on the spot laoshi tegur pic.twitter.com/iXdvkPIyDo
— Mandarinjer (@mandarinjer) January 14, 2023
Dalam ciapan tanpa nama yang mencetuskan pelbagai pandangan daripada netizen, seorang rakyat Malaysia berkongsi kisah mereka bagaimana mereka menaiki lif bersama anak-anak dan kemudiannya diherdik oleh 2 orang di dalam bahasa Mandarin.
Orang itu telah membuat komen tentang saiz keluarga mereka dan menyamakan keluarga itu dengan anjing kerana bilangan anaknya. Nasib orang itu tidak baik apabila salah seorang anaknya memahami bahasa Mandarin dan mengherdik mereka kembali.
Menguasai bahasa lain di negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sepatutnya digunakan ke arah kebaikan, bukannya dengan mengherdik orang.
Lebih baik sebenarnya jika kelebihan itu digunakan untuk menunjukkan sikap yang baik dan bukannya bercakap buruk tentang orang lain.
Ciapan itu telah menjadi tular dan menyebabkan ramai netizen berkongsi pengalaman serupa mereka dihina dalam bahasa yang tidak difahami.
1. It's so rude when you mengumpat orang tu depan² orang tu guna bahasa yang dia awak ingat dia tak faham 🤦🏻♂️
2. Padan muka kena sound macam ni 😠 ingat orang melayu tak tahu Mandarin ke
Siapa pernah kena macam ni? Laoshi 5 kali dah kena 🤦🏻♂️ Memang DIRECT on the spot laoshi tegur pic.twitter.com/iXdvkPIyDo
— Mandarinjer (@mandarinjer) January 14, 2023
Dulu kerja dgn bos cine. Time meeting semua konsultant cine. Ntah ape deme borak aku nganga aje. Skali kene maki ngn bos aku sbb tak respek staff melayu die. Next time speak in english. Respect others. Smpi skang aku still ingt. Tq mr Ng.
— md scid (@mdscid) January 14, 2023
Gadis miskin umur 19 tahun dedah rahsia buat income dari RM500 hingga jadi RM9K
Masuk tahun 2023, tak sangka 3 negara ini ada passport paling berkuasa di dunia