Influencer terkenal mati dibakar hidup-hidup masa tengah live Tiktok

Gara-gara enggan rujuk, seorang influencer wanita yang terkenal di aplikasi Douyin (TikTok versi China) dilaporkan maut akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas suaminya.

Bakar bekas isteri ketika ‘live’

Memetik laporan Mirror UK, suspek yang dikenali dengan nama Tang Lu telah membakar bekas isterinya pada 14 September 2020 semasa mangsa, Lhamo melakukan siaran langsung di aplikasi Douyin.

Sebagai rujukan, aplikasi Douyin merupakan aplikasi TikTok versi China yang dikendalikan oleh syarikat induk yang sama.

Difahamkan, pasangan ini sudah bercerai pada Jun 2020 setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing tetapi Tang Lu dikatakan kerap merayu kepada isterinya untuk kembali bersama namun permintaannya seringkali ditolak oleh mangsa. Hal tersebut membuatkan suspek semakin berang dan bertindak agresif.

Menurut sumber, suspek telah pergi ke rumah bapa mertuanya dan menyimbah petrol dan membakar bekas isterinya hidup-hidup ketika wanita itu sedang bersiaran ‘live’ di aplikasi Douyin.

Susulan daripada insiden itu, mangsa yang berusia 30 tahun telah dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah apabila 90 peratus daripada badannya terbakar.

Setelah dua minggu bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, adik mangsa mendakwa kakaknya sudah beberapa tahun menjadi mangsa dera Tang dan disebabkan itu, mangsa memutuskan untuk bercerai.

Suspek yang berjaya ditahan polis kemudian dijatuhi hukuman mati.

Menurut sumber, suspek ada memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu namun kalah dalam permohonan pada Januari lalu. Suspek disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu bersamaan 16 Julai 2022.

baca :
Kentut tanpa henti selepas makan sandwich kedai ni, lelaki saman RM1 Juta

Persoal wanita free hair di Makkah, orang ramai kecam anak Zahid Hamidi

Lelaki buat ‘sedekah jumaat’ beri rokok kepada jemaah masjid di Selangor tarik perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published.