Adat bila bercinta pasti ada ‘pasang surutnya’, tetapi kadang kala sesetengah hubungan tidak mampu lagi untuk diteruskan walau sekuat mana pun ia dipertahankan.
Tambah menyedihkan adalah apabila perpisahan tersebut tidak pernah dijangkakan akan berlaku.
Seperti yang dialami oleh seorang wanita di Amerika Syarikat ini yang kecewa apabila menyangka bahawa teman lelakinya mengirimkan surat cinta kepadanya, namun sebaliknya ia merupakan luahan hati untuk memutuskan hubungan mereka.
karangan perpisahan tujuh muka surat
Berkongsi mengenai perkara tersebut di TikTok, wanita terbabit memuatnaik gambar dan video yang memaparkan nota perpisahan sebanyak tujuh muka surat, lapor New York Post.
“Saya teruja kerana fikir teman lelaki menulis ‘surat cinta’ kepada saya..” tulisnya di video tersebut.
Selepas itu, dia memuat naik beberapa siri video lain yang mendedahkan mengenai kelakuan bekas teman lelakinya itu.
Dakwanya, bekas teman lelakinya itu cuba untuk berkenalan dengan seorang rakannya di satu aplikasi dating.
karangan perpisahan tujuh muka surat
Malah dia juga mendakwa bahawa bekas teman lelakinya itu sebelum ini melarangnya memuat naik beberapa gambar tertentu di media sosial.
Wanita itu juga menunjukkan beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan antaranya dan bekas teman lelaki. Menerusi tangkap layar itu, bekas teman lelakinya itu dipercayai telah menuduhnya mengupah orang untuk menyerangnya di media sosial.
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kandungan nota yang ditulis oleh bekas teman lelakinya itu.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 4.2 juta tontonan di TikTok dan mendapat pelbagai reaksi dar netizen.
baca :
Persoal wanita free hair di Makkah, orang ramai kecam anak Zahid Hamidi
Atlet MMA terkenal maut selepas kena tumbuk di kepala masa perlawanan
Tragis..Suami rebus isteri dalam kawah besar depan anak-anak