Ini 5 syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia

Ini 5 syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia

Ini 5 syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia. Telur dianggap sebagai makanan yang berkhasiat kerana telur adalah sumber protein semula jadi berkualiti tinggi yang murah. Lebih daripada separuh sumber protein boleh didapati daripada telur putih, termasuklah vitamin B2 dan jumlah lemak yang lebih rendah daripada telur kuning.

Protein dalam telur dapat membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesihatan tulang dan meningkatkan jisim otot.

Telur juga merupakan sumber selenium yang kaya dengan antioksidan yang penting untuk fungsi tiroid serta membantu sistem imun dan kesihatan mental kita.

Itu serba sedikit mengenai khasiat telur, tetapi tahukah anda terdapat beberapa syarikat pengeluar telur sebenarnya tersenarai di dalam Bursa Malaysia?

1. QL Resources Berhad (QL)

QL Resources Berhad adalah sebuah syarikat pertanian makanan multinasional dengan modal pasaran sekitar RM14 bilion.

QL ditubuhkan pada tahun 1987 dan kini QL merupakan antara pengeluar telur terbesar di rantau Asean. QL beroperasi dalam tiga sektor berbeza iaitu penternakan, pengeluaran hasil laut, dan yang ketiga merangkumi aktiviti perniagaan berkaitan kelapa sawit.

2. LTKM Berhad (LTKM)

LTKM Berhad adalah merupakan pengeluar telur ayam terkemuka di Malaysia dan tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 2000. LTKM adalah perintis dalam menghasilkan telur yang diperkaya dengan Omega-3 dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDITECH). Walaupun perniagaan utama Kumpulan LTKM adalah dalam pengeluaran dan penjualan telur, namun LTKM telah mula menerokai pembangunan hartanah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat.

Syarikat ini mengusahakan ladang ternakan yang canggih di Melaka dengan seluas 450 ekar. LTKM memiliki lebih daripada 2 juta ayam yang menghasilkan lebih daripada satu juta telur ayam setiap hari.

Ini 5 syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia

3. CCK Consolidated Holdings Berhad (CCK)

CCK Consolidated Holdings Berhad telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1996 sebagai syarikat pemegang pelaburan dan ianya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada 10 Disember 1997. Setelah penggabungan papan, kini CCK disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. CCK Group adalah nama kolektif untuk CCK dan anak syarikatnya, dengan aktiviti utama ternakan dan peruncitan.

Perniagaan dijalankan terutamanya di Sarawak, Sabah dan Indonesia (Jakarta dan Pontianak). CCK mengeluarkan banyak produk makanan seperi bebola ikan, sayur campur, nugget, sate beku, dan pelbagai produk sejuk beku yang lain.

4. Lay Hong Berhad (LAYHONG)

Kumpulan ini pertama kali memulakan operasi penternakan lapisan pada tahun 1960-an dengan penubuhan perniagaan hak milik tunggal Lay Hong Poultry Farm Co., oleh mendiang ayah Yap Hoong Chai, Encik Yeap Seak Yong. Yap Hoong Chai bersama dua saudaranya, Encik Yip Kim Hoong dan Encik Yeap Weng Hong mengambil alih pengurusan ladang daripada ayah mereka pada tahun 1973. Pada masa itu, perniagaan mereka hanyalah satu ladang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 telur setiap hari.

Lay Hong disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 20 Oktober 1994. Teras perniagaannya adalah dalam pengeluaran besar-besaran keperluan harian asas seperti ayam, telur ayam, nugget dan lain-lain. Produk kumpulan Lay Hong dipasarkan di bawah dua jenama terkenal iaitu Nutriplus dan Wise Choice.

5. Teo Seng Capital Berhad (TEOSENG)

Teo Seng Capital Berhad diperbadankan di Malaysia pada 8 Mei 2006 sebagai sebuah syarikat berhad persendirian dengan nama Teo Seng Capital Sdn Bhd. Teo Seng telah ditukarkan statusnya menjadi syarikat awam berhad pada 31 Mei 2006 dan sejak itu memegang nama sekarang. Teo Seng berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa”) pada 29 Oktober 2008 dan kemudiannya dipindahkan ke papan utama Bursa pada 3 Ogos 2009.

Teo Seng pada dasarnya adalah syarikat pemegangan pelaburan. Kegiatan utama anak-anak syarikat Teo Seng adalah penternakan unggas dan pemasaran telur ayam, pembuatan dan pemasaran makanan ternakan, kotak papan telur, baja fermentasi organik, dan pengedaran makanan haiwan & ubat-ubatan dan produk kesihatan haiwan.

Produk yang dihasilkan, dipasarkan dan diedarkan oleh Teo Seng boleh dikategorikan kepada lima (5) kategori utama iaitu telur ayam, makanan haiwan, kotak papan telur, baja fermentasi organik dan produk kesihatan haiwan.

Lelaki cerita pengalaman beza kerja dengan syarikat cina dan GLC melayu

Kenapa rakyat Kedah suka Sanusi? Ini jawapannya…

TMJ ‘sound’ Safawi? – “Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *