Ini 6 kucing paling mahal di dunia, dah boleh beli ‘banglow’ cash. Kucing adalah di antara jenis haiwan peliharaan yang paling disukai oleh ramai manusia seluruh dunia. Si comel dan gebu ini juga sebenarnya boleh menjadi peneman terbaik manusia.
Ada juga yang menyatakan bahawa jika kita bermain dengan kucing, ia mampu mengurangkan tekanan atau menjadi terapi. Adakah sebab ini ramai yang sanggup menghabiskan duit beratus ringgit untuk perbelanjaan seekor kucing?
Tahukah anda bahawa di dunia ini sebenarnya terdapat bermacam-macam baka atau jenis kucing malah ada yang jarang ditemui? Ada juga yang bernilai mencecah belasan ribu bahkan ratusan ribu ringgit bergantung kepada keistimewaan sesebuah baka si bulus. Jom kita tengok 6 senarai baka kucing yang termahal di dunia!
ASHERA : RM500,000
Baka kucing termahal di dunia adalah Ashera di mana ia merupakan kacukan antara kucing serval Afrika, kucing Asean Leopard dan kucing domestik biasa. Harga seekor kucing Ashera ni sampai boleh beli sebiji kereta atau sebuah rumah! Punyalah mahal! Ia mempunyai karektar kucing yang sangat bijak, setia dan manja. Namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikaikan kerana satu-satunya kucing yang diuji DNA-nya terbukti sebagai baka Savannah.
SAVANNAH : RM100,000
Baka Savannah juga merupakan hasil hybrid atau campuran antara baka domestik dan baka serval. Baka ini sangat bijak dan pintar malah kesetiaan kucing ini juga tidak kurang hebatnya berbanding seekor anjing. Pada tahun 2001, baka ini diterima oleh The International Cat Association sebagai baka berdaftar yang baru dan diiktiraf sebagai baka kejohanan.
BENGAL : RM20,000
Sekali pandang kucing jenis Bengal ini seakan seekor harimau kumbang. Bengal merupakan baka hybrid yang terhasil daripada campuran baka domestik dan kucing Asian Leopard, Prionailurus bengalensis. Harganya yang terlalu mahal membuatkan baka kucing ini melambangkan tahap kekayaan seseorang yang memeliharanya.
PARSI : RM12,000
Parsi antara kucing yang paling disukai ramai kerana rupanya yang sangat comel dan bulunya yang gebu. Tambah membuatkan orang geram apabila melihat mukanya yang bulat dan muncungnya yang pendek. Baka ini juga dikenali sebagai Persian Longhair. Ia juga popular sebagai kucing Shirazi di Iran dan dipanggil kucing Iran di negara Timur Tengah. Kucing ini dibiakkan oleh orang Inggeris di Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pecahan baka bagi kucing Parsi adalah Exotic Shorthair dan juga Himalayan.
PETERBALD : RM10,000
Baka kucing ini berasal dari Rusia dan kelihatan seolah-olah seperti Sphynx. Ia merupakan hasil kacukan daripada baka Juara Dunia kategori betina Oriental Shorthair dengan baka Donskoy. Ia sangat bijak, bertenaga, bersifat ingin tahu, mempunyai badan yang ramping namun berotot. Mereka juga tiada masalah untuk hidup bersama haiwan peliharaan lain.
RUSSIAN BLUE : RM6,800
Baka kucing ini juga berasal dari Rusia dan terkenal dengan sifatnya yang suka bermain, ingin tahu serta pintar. Mereka juga mudah untuk membentuk hubungan yang rapat dengan pemilik mereka dan disukai disebabkan oleh personaliti, kecantikan dan warna mereka.
Selain membeli kucing, apa kata kita adopt sahaja kucing jalanan? Mereka juga memerlukan penjaga untuk disayangi dan rumah untuk berteduh betul tak?
Ini 5 Buah paling mahal di dunia, harga boleh beli rumah sebuah
Jangan kutip duit di 3 tempat ini kalau terjumpa, boleh terkena sihir
Rezeki terpijak, Tali Jam dibeli di Pasar Karat rupanya emas 999