Ini kronologi pembunuhan CEO Cradle Fund yang ramai tak tahu

Ini kronologi pembunuhan CEO Cradle Fund yang ramai tak tahu. Hari ini, isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihak Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan untuk kesemua mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berikut merupakan kronologi kes Nazrin yang ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya sebelum kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

14 Jun 2018 – Nazrin ditemui maut dalam kebakaran di rumah teres di Mutiara Damansara

14 Jun 2018 – Mesej tular daripada keluarga Nazrin mendakwa letupan telefon bimbit yang sedang dicas di bilik mangsa menjadi punca kebakaran itu berlaku

15 Jun 2018 – Jenazah Allahyarham Nazrin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 6 Kota Damannsara

16 Jun 2018 – Pengurusan Cradle Fund juga mendakwa punca kecederaan disebabkan letupan telefon bimbit yang diletakkan di sebelah mangsa

25 Jun – Laporan forensik mengesahkan terdapat kesan petrol pada tubuh, katil, tilam dan telefon bimbit mangsa

6 Ogos – Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan laporan bomba serta laporan bedah siasat

14 Ogos 2018 – Isteri Allahyarham Nazrin dakwa siasatan polis tidak telus termasuk laporan media tidak konsisten dengan laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur

4 September 2018 – Isteri Allahyarham Nazrin dan bekas suami pertamanya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan

7 September 2018 – Bekas suami kepada isteri Allahyarham Nazrin dibebaskan

9 September 2018 – Dua anak tiri Allahyarham Nazrin direman tujuh hari bagi membantu siasatan

10 September 2018 – Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tiga hari tempoh tahanan reman isteri Allahyarham Nazrin

8 Oktober 2018 – Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham Nazrin digali semula supaya bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baharu mengenai kematiannya.

8 Oktober 2018 – Jenazah Allahyarham Nazrin digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

15 Oktober 2018 – Jenazah Allahyarham Nazrin dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara.

MENARIK:

Singapura cari Indonesia pula untuk import 4 juta ayam selepas Malaysia hadkan eksport

Penutup Majlis Tilawah Al-Quran berakhir dengan joget ‘cucuk langit’

Muka anak dara Awie tarik perhatian orang ramai, ‘hot gilerr’!

Leave a Reply

Your email address will not be published.