Ini perkembangan terbaru kes seksual Ebit Lew

Ini perkembangan terbaru kes seksual Ebit Lew

Ini perkembangan terbaru kes seksual Ebit Lew. Polis mengesahkan perbicaraan pendakwah selebriti Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual akan berlangsung akhir bulan depan.

Dalam kenyataan ringkas, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Skandaguru Anandan, berkata perbicaraan ditetapkan pada 27 hingga 30 Sept di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.

Ebit didakwa di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari.

Beliau sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.

Jika sabit kesalahan, pendakwah berusia 37 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Polis menyiasat Ebit berikutan laporan dibuat beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu telah melakukan gangguan seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang wanita di Tenom antara Mac dan Julai tahun lalu.

Baca :

Ismail kena ‘sorak’ bila Zahid sebut namanya dalam ucapan

Pegawai PM sahkan Ismail tidak hadir taklimat khas bersama Presiden Umno

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *