Ini punca sebenar Ustaz Kazim Elias tarik diri bertanding PRU15

Ini punca sebenar Ustaz Kazim Elias tarik diri bertanding PRU15

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon cercaan hinaan terhadapnya oleh orang ramai digantikan dengan pahala.

Beliau memuat naik kenyataan itu di laman Sosial Facebooknya hari ini selepas menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

Mohd Kazim dikatakan, memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.

“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih.

“Sayangilah pahala anda,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon BN di Perak hari ini.

Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Shahidan mulakan serangan, desak Zahid letak jawatan jika mahu BN menang

Menjelang PRU15, pemimpin Kelantan sahkan akan buka panggung wayang di negeri itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *