Ini respon Zahid selepas dibebaskan, “saya diaibkan!”

Zahid bebas semua pertuduhan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bersyukur “kebenaran ditegakkan” hari ini selepas mahkamah membebaskannya daripada semua tuduhan rasuah sistem visa luar negara (VLN).

“Saya telah diaibkan, dimalukan, ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan, (hari ini ) Jumaat kebenaran ditegakkan,” katanya kepada wartawan selepas Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Ahmad Zahid Hamidi bebas daripada 40 tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.

Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Zahid bebas semua pertuduhan

Leave a Reply

Your email address will not be published.