Ini sejarah BERNAS yang ramai tidak tahu

Ini sejarah BERNAS yang ramai tidak tahu

Ini sejarah BERNAS yang ramai tidak tahu. Penanaman padi dan penghasilan beras sememangnya sesuatu perkara yang bukan asing lagi buat sektor pengeluaran negara.

Ia adalah rutin ekonomi yang telah wujud sejak era Tanah Melayu lagi. Malah ia adalah komponen ruji buat negara.

Menyingkap tentang itu, detik sejarah hari ini adalah berkisarkan pelancaran Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tanggal 20 September 1971. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua ketika itu, Tun Abdul Razak Hussien di bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur.

Pelancaran LPN ini telah ditempatkan sebagai badan berkanun di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara. Antara peranan yang dilakukan adalah pengurusan penyelenggaraan bekalan padi dan beras pada pasaran. Malah pemantauan ke atas struktur penetapan harga jualan yang berpatutan dan stabil juga perlu dilaksanakan kepada petani-petani tempatan.

Selain pemain industri, LPN juga turut menetapkan piawaian harga yang seimbang kepada para pengguna berserta dengan dasar-dasar perniagaan padi dan beras.

Ini sejarah BERNAS yang ramai tidak tahu

Pembentukan dasar dan polisi sektor tersebut perlu memperolehi kelulusan daripada pihak kerajaan.

Melalui peranan yang diwujudkan pada jawatankuasa LPN ini, ia sekaligus dapat melakukan pemantauan secara menyeluruh pada bahagian penanaman, pengeluaran, pengilangan dan pemasaran padi serta beras dalam dagangan tempatan.

Setelah beberapa ketika, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pula telah mengambilalih fungsi LPN pada 1996 dalam mengetuai perkembangan industri menerusi pasaran mahupun bahagian komersil.

Berikut merupakan tulisan Mat Saman Kati di facebook:-

Hari ni aku nak kelentong sikit pasal BERNAS ni. Ramai budak-budak yang baru nak up ni, masa Bernas ditubuhkan, depa pun tak lahir lagi. Kat sekolah pun tak ada modul Bernas ni dalam matapelajaran sejarah.

Sebelum tahun 1996, Bernas dikenali sebagai Lembaga Padi Negara (LPN). Ini adalah diantara agensi kerajaan yang buat duit dengan turnover hampir RM2 billion ringgit dan keuntungan sekitar RM80 juta. Tapi tu la…mana agensi yang untung, Mahathir akan swastakan untuk memperkayakan kroni dia.

Tahun 1995 ada pillihanraya umum dan Mahathir nak tolak Datuk Hamid Pawanteh dari jawatan Menteri Besar Perlis. Dan dia mahu Shahidan Kasim jadi MB….tapi Shahidan tak mau sebab Perlis negeri kecik. Bukan boleh buat duit.

Lantas Mahathir menawarkan kepada Shahidan untuk menguasai LPN sebagai habuan untuk menjadi MB. LPN akan diswastakan dan dinamakan sebagai Bernas, dan sebahagian besar saham dalam Bernas akan diberikan kepada Shahidan. Janji, Shahidan mau jadi MB Perlis dan Datuk Hamid disingkirkan.

So, selepas PRU 1995, depa pun pakat faraid LPN untuk adik beradik depa. Tapi depa bukan la bodo macam Osman Jailu, Exco Perak dulu. Buat syarikat nak bawa lari bajet pelancongan, dia bubuh nama sendiri

Pada 1 Januari 1996, LPN pun dikuburkan dan digantikan dengan BERNAS. Kalau sebelum tu, LPN adalah milik negara, sekarang dah jadi milik individu. Siapa pemiliknya?

Budaya Generasi Sdn Bhd (BGSB) memiliki 34% saham Bernas.Pemilik saham terbesar dalam BGSB ialah Permatang Jaya (PJSB) yang memiliki 44% atau 15% saham Bernas. Pemegang saham itu adalah Dohat bin Shafie dan anaknya Nur Daliza ninti Dohat. Dohat bin Shafie adalah ipar Shahidan.
Secara mudahnya, keluarga Shahidan memiliki 15% Bernas.

Kemudian, Sebiro Holdings Sdn Bhd yang memegang 5.5% dalam BGSB. Pengarahnya ialah Megat Junid Megat Ayub.
Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Nelayan, MADA, dan KADA berkongsi selebihnya, 11%.

Untuk rekod, Yayasan Pok Rafeah Berdaftar merupakan pemegang ke 11 terbesar dalam Bernas. Dan Pok Rafeah adalah ibu kepada Daim Zainudin.
Ogos1997, BERNAS disenaraikan di Bursa Saham KL. Sapa ada duit boleh melabur. Yang gerenti boleh melabur bukan petani dibendang atau nelayan dilaut, tapi orang yang ada duit mencari keuntungan cepat.

Begitulah alkisahnya sejarah penubuhan Bernas.

Tahun 1999, Bernas untung RM117 juta. 2000, 83 juta. 2001, 128 juta. 2002, 60 juta. Sapa yang mendapat manafaat dari keuntungan ini? Bukan rakyat sebab ia bukan milik rakyat, tapi pemilik saham diatas. Kalau untung 100 juta, keluarga Shahidan dapat 15 ,juta. Daim pun dapat juta-juta.
200,000 petani dan nelayan dibawah LPP, NEKMAT,, MADA dan KADA berkongsi 11 juta. Dapat la 55 ringgit sorang. Bersyukur la.

49 rahsia Syed Mokhtar Al-Bukhary boleh jadi Billionaire melayu pertama

Jutawan nekad keluarkan semua duit dalam bank ini lepas kena tegur tak pakai ‘mask’

Ini sebab orang cina jarang ‘renovate’ rumah bagi nampak mewah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *