Ini senarai terkini orang melayu paling kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan

Ini senarai terkini orang melayu paling kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan

Ini senarai terkini orang melayu paling kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan. Menurut laporan senarai terkini 50 individu terkaya Malaysia tahun 2022 menyaksikan nilai kekayaan tiga individu Melayu Islam terkaya itu ada yang meningkat dan menyusut berbanding tahun sebelumnya

1) Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary
Ini senarai terkini orang melayu paling kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan

Umur: 68 tahun Status:

Berkahwin Anak: 5 Orang

Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia pada tahun 2022 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.31 bilion meningkat berbanding tahun 2021 (AS$1.2B).

Beliau memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.

Beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 50 orang terkaya di Malaysia jugadan naik tiga kedudukan daripada tangga ke-18 pada tahun 2021

2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Ini senarai terkini orang melayu kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan

Umur: 59 tahun

Status: Berkahwin

Anak: 6 Orang

Individu melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2022 adalah sebanyak AS$650 juta, meningkat berbanding tahun 2021 adalah sebanyak AS$550 juta Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor Oil and Gas (O&G ).

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport / mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.

Berikutan nilai kekayaan beliau meningkat, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2022, kedudukan beliau naik ke tangga ke 27 daripada kedudukan ke-32 seperti tahun 2021.

3) Tan Sri Azman Hashim
Ini senarai terkini orang melayu kaya 2022, nombor tiga paling mengejutkan

Umur: 80 tahun Status

Berkahwin Anak: 5 Orang

Pendidikan: Perakaunan di Australia

Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$560 juta (2021), menurun berbanding AS$410 juta pada tahun 2020.

Beliau mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank.

Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital.

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia tahun 2022 beliau berada pada kedudukan ke-31 naik empat anak tangga berbanding tahun 2020 (35)

Agong kecewa, tiada pilihan lain selain terpaksa perkenan bubar parlimen

Parlimen dah bubar, ini cara tukar alamat mengundi SPR secara online

Wanita Sarawak menang Jackpot RM13 Juta, siap kongsi rahsia cara menang