Iqbal bagi tips berguna cara jaga seluar dalam, pakai dua tiga helai sehari

Iqbal bagi tips berguna cara jaga seluar dalam, pakai dua tiga helai sehari. Jika ditinjau ke laman Instagram milik Iqbal Zulkefli, usahawan tersebut dilihat sering menjawab soalan pengikutnya berhubung pelbagai perkara.

Terbaru, memetik laporan,  terdapat netizen bertanya mengenai seluar dalam menerusi ruangan soal jawab milik Iqbal yang juga seorang penyanyi.

Menurut usahawan berusia 28 tahun itu, dia pernah berkira soal pemakaian tersebut sebelum menyedari bahawa pentingnya dalam menjaga kebersihan diri.

“Minta maaf saya nak jawab soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari.
“Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’. Sedangkan seluar dalam lebih penting daripada pakaian lain.
“Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah koyak. Seolah-olah kita tak jaga kebersihan,” kata penyanyi lagu Hujan itu.

Dalam perkembangan lain, Iqbal ada memuat naik satu video memaparkan majlis jambul anak angkatnya Ahmad Ziyad dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung beberapa minggu lalu.

BACA:

Wad kanak-kanak penuh, orang ramai jadi bimbang penyakit ini semakin merebak

Netizen puji kecantikan Lisa Surihani, walau tanpa mekap tetap menawan

Netizen kecam Heliza Helmi, dah makin hilang ‘warak’ lepas kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *