Ismail dan Hishamuddin akan masuk dalam kabinet Anwar?

Ismail dan Hishamuddin akan masuk dalam kabinet Anwar?

Ismail dan Hishamuddin akan masuk dalam kabinet Anwar? Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin tidak terpilih untuk menyertai Jemaah Menteri baharu Anwar Ibrahim, menurut sumber.

Jika mereka terpilih, ia akan menjadi “kejutan yang hebat” walaupun Ismail dan Hishammuddin, masing-masing menjadi menteri sejak 2008 dan 1998, lebih berpengalaman dalam kerajaan berbanding kebanyakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua pemimpin Umno itu telah dilaporkan secara meluas mengambil pendirian menentang kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH).

“Jadi jika mereka dilantik menganggotai Jemaah Menteri, ia satu kejutan besar,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.

“Saya yakin malah penyokong Anwar yang paling kuat akan merasakan pelantikan Hishammuddin dan Ismail (dalam Jemaah Menteri) sesuatu yang membingungkan.

Dalam kerajaan pimpinan Ismail sebagai perdana menteri, Hishammuddin ialah menteri kanan bagi keselamatan dan menteri pertahanan.

Ketika berlakunya kebuntuan politik selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Hishammuddin berkata, beliau berpegang teguh pada pendiriannya menentang kerjasama dengan PH.

Katanya pada 21 Nov, beliau tidak akan mengubah pendiriannya dan sanggup dipecat daripada Umno oleh pihak yang sebelum ini menganjurkan prinsip “tolak Anwar, tolak DAP”.

Pada hari berikutnya, Ismail juga berkata beliau tidak akan bekerjasama dengan PH dalam apa jua keadaan, berikutan pengumuman BN untuk membentuk blok pembangkang Parlimen dan tidak menyokong mana-mana daripada dua gabungan yang bersaing untuk memerintah.

Bagaimanapun, BN selepas itu bersetuju menyokong kerajaan perpaduan yang akan ditubuhkan oleh Anwar, juga pengerusi PH, yang dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis.

Timbul persoalan mengenai 10 Ahli Parlimen BN yang pada mulanya menyokong usaha Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

Difahamkan bahawa 10 Ahli Parlimen itu mendakwa mereka telah diperdaya oleh seorang pemimpin kanan Umno untuk menyokong PN.

“Jadi mereka (10 Ahli Parlimen) masih dalam pertimbangan (untuk disertakan dalam Jemaah Menteri). Tetapi pemimpin yang mengelirukan mereka harus bertanggungjawab,” kata sumber itu.

Anwar dijangka menamakan anggota Jemaah Menterinya dalam masa beberapa hari. Beliau mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada PH, BN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia dan bebas.

Orang kanan Muhyiddin cerita perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi PM-10

Terkini: Pemangku Sultan Pahang perkenan kerajaan BN-PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *