Ismail kata belum tahu lagi siapa yang akan bentang Bajet 2023. Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan siapa yang akan membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Oktober nanti, sama ada beliau atau Menteri Kewangan masih belum diputuskan.
“Belum tahu lagi siapa (akan bentang Bajet 2023), setakat ini Menteri Kewangan,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Ismail Sabri bagaimanapun sedia memberi pertimbangan membentangkan sendiri belanjawan tahun depan itu jika ia dibenarkan mengikut perlembagaan dan perundangan.
“Perlu teliti dulu sama ada perkara itu dibenarkan mengikut perlembagaan dan perundangan. Kalau tak boleh, maka tak bolehlah (saya) bentang. Kalau boleh, boleh dipertimbangkan,” katanya lagi.
“Apa-apa pun, kita tunggu nasihat Peguam Negara. Saya tak boleh bentang jika bertentangan,” katanya.
Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau diberitahu oleh anggota Kabinet daripada PN bahawa Ismail Sabri sendiri akan membentangkan Bajet 2023.
Langkah itu berbeza berbanding kebiasaan, di mana belanjawan negara sebelum ini dibentangkan individu yang memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pembentangan Bajet 2023 dihadualkan pada 7 Oktober depan, awal tiga minggu dari tarikh sebenar dan ia dilihat sebagai petanda besar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada November.
Penganalisis politik sebelum ini melihat pertukaran tarikh pembentangan itu sebagai isyarat jelas bahawa PRU-15 akan diawalkan dan dilangsungkan dalam tahun ini walaupun tempoh penggal Dewan Rakyat sedia ada hanya akan berakhir sekitar pertengahan 2023.
Antara jangkaannya adalah kemungkinan Perdana Menteri juga akan membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 selesai atau ketika Dewan Rakyat masih bersidang.
baca:
Ismail Sabri cerita suasana sebenar semasa mesyuarat MKT Umno baru-baru ini
PM umum berita baik untuk penjawat awam, naik gaji!
Surat minta cepatkan kes Zahid ditarik balik