Ismail kena ‘sorak’ bila Zahid sebut namanya dalam ucapan

Ismail kena 'sorak' bila Zahid sebut namanya dalam ucapan

Ismail kena ‘sorak’ bila Zahid sebut namanya dalam ucapan. Perwakilan Umno meluahkan reaksi apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam taklimat khasnya kepada perwakilan parti.

Kalangan ribuan perwakilan parti melontarkan reaksi menjadikan Dewan Merdeka gamat seketika apabila Zahid berkata sungguhpun Ismail adalah naib presiden Umno, kerajaan hari ini bukan kerajaan Barisan Nasional.

Zahid berhenti berucap seketika, dengan teriakan perwakilan mengisi dewan, sebelum beliau sambung berucap.

Ismail tidak hadir pada taklimat khas presiden Umno kerana dilaporkan mempunyai atur cara lain di Pahang.

Bagaimanapun beliau dijangka hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti malam ini.

Kerajaan pimpinan Ismail antara lain merangkumi BN, PN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Umno tidak sehaluan dengan Bersatu yang menjadi tonggak PN, manakala hubungan Umno dengan PAS – sebuah lagi parti komponen PN – juga dingin.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim semalam menyifatkan kerajaan Ismail sebagai dikongkong oleh musuh Umno dan mendesak PRU15 disegerakan.

Baca :

Pegawai PM sahkan Ismail tidak hadir taklimat khas bersama Presiden Umno

Keputusan bicara rasuah Rosmah pula terdedah, Pejabat mahkamah buat laporan polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *