Isteri cantik gigih bawa bekal untuk suami bawa lori jadi bualan netizen

'Terpesona tengok isteri cantik ni gigih bawa bekal untuk suami kerja bawa lori'

Isteri cantik gigih bawa bekal untuk suami bawa lori jadi bualan netizen. Setiap suami pasti akan teruja apabila dapat merasa air tangan sang isteri

Kebanyakan wanita zaman sekarang yang bekerja kadangkala sibuk dan tidak sempat masak untuk suami.

Namun, sekali sekala bila dapat masak dan menyiapkan bekal makanan untuk suami memang akan membuatkan mereka senyum sampai ke telinga.

Seperti apa yang dilakukan oleh wanita ini apabila dia membawa bekal dan menemani suaminya makan dalam lori ketika waktu rehat telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fatihamazlan1997

Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae💕

♬ Si Gendut – Agus Gobang

Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae

Sanggup datang naik kereta bawa bekal untuk suami, siap teman makan sekali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fatihamazlan1997, kelihatan wanita itu tiba di sebuah tempat suaminya sedang berehat. Suaminya merupakan penghantar kurier J&T Express.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membawa mangkuk tingkat yang diisi pelbagai lauk dan juga nasi putih untuk bekal suaminya.

Malah, dia siap menemani suaminya itu makan di dalam lori sampailah habis waktu rehat. Si suami sudah pasti seronok menikmati bekalan yang dibawa oleh isterinya dan mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang semata-mata untuk temannya makan.

“Bagus isteri dia, cantik, pandai masak tak memilih pun suami kerja apa. Respect awak sis” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 1.3M views, 95.3K likes dan 1.3K comments di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan wanita itu sebagai isteri mithali dan menjaga perut suaminya.

Orang Ulu Tembeling tangkap ikan guna tangan buat kita rasa nak pergi sana

Sekumpulan angkasawan mungkin terpaksa ditinggalkan selepas terkandas di angkasa lepas

Nak pengsan tahu harga baju style orang tua Arif Aiman pakai ni, boleh beli kereta sebuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *