Isteri kantoi ‘main’ dengan lelaki lain, suami ada sebelah je.

Isteri kantoi ‘main’ dengan lelaki lain, suami ada sebelah je.

Setiap insan pastinya berharap hubungan yang dibina akan berkekalan selamanya.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan lelaki ini apabila dia mengadu mengenai sikap isterinya yang semakin aneh.

Menerusi nukilan di Facebook, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu mengakui isterinya kini banyak menjauhkan diri sehingga mengabaikan dia dan anak-anak.

“Selain luahkan perasaan kepada Allah, saya nak cuba luah sesama manusia. Fitrah seorang lelaki, susah nak cerita hal rumah tangga kat orang lain.

“Saya bukanlah suami dan bapa yang terbaik, tapi saya cuba ke arah itu. Tapi sekarang isteri saya lain sangat. Sekarang, duduk serumah pun dia banyak habiskan masa dalam bilik,” ujarnya.

Dakwa lelaki itu, keadaan bertambah rumit apabila isterinya ‘kantoi’ berhubungan dengan lelaki lain.

Ujarnya, dia berasa pelik apabila isterinya membuat panggilan video dengan seorang lelaki tak dikenali sehingga ke tengah malam.

“Kantoi dia berhubung dengan lelaki lain. WhatsApp, video call tengah-tengah malam. Dia ambil keputusan lari bawa anak ke rumah mak dia.

“Minta cerai ni mainan di mulut dia. Macam-macam dah saya tegur, tak jalan. Saya malas nak bertekak. Malu pada jiran.

“Mungkin ramai cakap saya suami yang dayus, tapi jauh di sudut hati saya sayangkan dia. Kadang-kadang dia layan saya OK, kadang-kadang macam musuh,” luahnya lagi.

Kata lelaki itu, jika benar isterinya sudah tawar hati, dia mahu hubungan perkahwinan mereka yang berusia 10 tahun ditamatkan dengan cara yang betul.

“Saya perlukan dia untuk membesarkan puteri-puteri kami. Luaran saya nampak tenang, tapi hati tak kuat nak lepaskan dia.

“Berbaloi ke saya lepaskan dia sebab dia berhubung dengan lelaki lain?” soalnya lagi.

Sehingga kini, posting di Facebook, kisah rumah tangga itu menerima hampir 1,000 tanda suka dan turut menerima hampir 300 komen.

Malah, ada netizen memberi cadangan agar dia mengumpul segala bukti kecurangan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

 

BACA: 

Doktor tergamam jumpa ‘dumbbel’ dalam dubur lelaki ini, patutlah mengadu sakit perut

Lelaki ini cerai isteri talak 3 di ‘live’ FB, semua dah tergamam tengok..

“Orang masjid tak tegur ke dia salah cara ambil wuduk?” Video Najib ambil air sembahyang tersebar pula

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.