Isteri tengah berpantang, suami ‘setan’ sanggup bagi ubat tidur rogol bini sendiri

Isteri tengah berpantang, suami ‘setan’ sanggup bagi ubat tidur rogol bini sendiri. Tidak dapat digambarkan betapa luluhnya hati seorang wanita yang sedang berpantang, selepas si suami dipercayai bertindak meletakkan ubat tidur pada minumannya bagi melepaskan nafsu.

Kisah meruntun hati ini dipercayai diceritakan oleh seorang pengguna Facebook sebelum dikongsi semula di laman Twitter.

‘Kejadian paling buruk ketika berpantang’

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini menceritakan mimpi ngeri semasa tempoh berpantang yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.

Hari ini saya berpantang 20 hari, semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang yang berlaku pada saya.

Ujar wanita ini sepanjang tempoh berpantang suaminya selalu membantu dengan meletakkan ubat pada luka jahitannya. Sehingalah satu hari si suami secara tiba-tiba mengajak untuk ‘bersama’ namun pelawaan tersebut ditolak atas sebab-sebab tertentu.

Tapi saya tak nak sebab saya cakap saya masih berpantang, darah nifas belum kering dan luka bahagian dalam belum baik lagi walaupun luka luar dah baik.

Lelaki biasa la bila dengar jawapan macam tu terus buat muka tapi saya jenis tak layan sebab saya risau kalau saya sakit belum tentu dia peduli.

Suami sediakan makanan

Bercerita lebih lanjut keinginan suaminya untuk ‘bersama’ tidak berakhir di situ dan dia menggunakan taktik lain dengan meletakkan ubat tidur pada air sebelum diberikan kepada isterinya.

Lepas tu time nak makan, dia mesti sediakan makanan saya. Kita yang breastfeedingkan anak selalu haus and mesti cari air dulu sebelum makan.

Saya minum lah air **** panas yang dia buatkan untuk saya. Dalam beberapa minit lepas itu, kepala saya pening terus saya tak sedarkan diri.

Tiba-tiba saya sedar, saya dalam bilik tanpa pakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya. Saya kejut suami tanya apa yang dah jadi? Dia senyum je.. Lepas itu dia cakap tak tahan sangat, terus saya tampar muka dia.

Dakwa wanita ini lagi, ketika dia tidak sedarkan diri suaminya bertindak ‘meratahnya’ dan apa yang terjadi membuatkan dia berasa buntu berikutan masih belum tamat tempoh berpantang.

Saya risau kalau saya sakit, 1 hari kurungkan diri dalam bilik. Suami pujuk minta maaf saya langsung tak hiraukan yang saya hiraukan diri saya dan anak saya je buat masa sekarang.

Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini dan turut geram dengan tindakan si suami. Ujar netizen lagi, tindakan tersebut sama sekali tidak wajar dan seolah-olah tidak menghormati si isteri.

Sumber: Twitter

 

BACA :

Pemuda melayu buat bisnes ganja di UK jadi perhatian, sekarang dah kaya raya

Suasana terawih pertama di Masjid Hagia Sophia selepas 88 tahun, seriuslaaa!

Guru ‘kantoi’ rogol anak murid lelaki sendiri sebanyak 3 kali

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.