Isu PM pakai baju mahal kembali lagi, peguam ini dedah realiti sebenar pemimpin Malaysia

Tulisan ini diambil dari peguam, Liyana Marzuki.

BAJU PM

1. Politik Malaysia ni ada dua jenis. Satu set untuk halwa telinga orang kampung, satu set lagi untuk orang bandar.

2. Kalau orang bandar dan urban nak pilih pemimpin, dia nak yang macam Jokowi, Mandela takpun set2 yang macam Gandhi. Kalau boleh nak yang zuhud dan menunduk ke bumi.

3. Sebab ia tunjukkan pemimpin yang ikhlas untuk rakyat. Harta bukan dambaan.

4. Tapi di Malaysia, bukan semua nak begitu.

5. Untuk orang kampung, kalau set2 macam Jokowi. Pakai selipar biasa dan baju kemeja 30 henggek, susah diaorg nak pandang. Pakai lebih kurang kami je, boleh ke jadi pemimpin ni, kata mereka.

6. Tu sebab geng2 UMNO masuk kampung kena pakai kereta mewah, baju mewah dan entourage punya panjang. Nak tunjuk gahnya pemimpin, buat orang kampung pandang.

7. Kalau pakai kemeja kena sutera, kalau pakai kain pelikat pun busuk2 jenis kilat cap gajah. Songkong kena tinggi.

8. Sebab politik di kampung masih lagi “politik memberi”. Kalau nak memberi kena lah kaya ye tak? Kalau tak kaya macam mana nak tolong rakyat pulak.

9. Dah tak pandang dah duit orang politik ni datang dari mana. Rembat 1MDB ka, guna duit orang pencen ka. Janji dapat pergi haji, dijulang la pemimpin ke angkasa.

10. Tu ceritanya tuan puan. Saya bagi perspektif.

11. Tu sebab Board Felda naik gaji dan elaun pun diaorg selamba badak. Walau pun Felda berhutang punya banyak. Diaorang tahu orang Felda pun tak ambil pusing. Politik khidmat dan dasar itu benda asing.

12. Ada yang kata pemimpin kita ni macam Robin Hood. Curi sikit takpe, janji bagi pada rakyat. Padahal, Robin Hood dulu mana duduk dalam mahligai. Sampai mati la dia duduk dalam hutan. Miskin berpanjangan.

13. So, ketahuilah PM dress up pakai baju Burberry bukan untuk kita. Nak jadi macam Jokowi dan Gandhi jauh sekali. Optically, he’s serving his pengundi.

14. Maka belajarlah kita. Ajar anak kita, lantik pemimpin yang tak kisah merendah diri dan tunduk ke bumi. Yang kita nak otak dan pimpinannya. Pakaian hanya perlu kemas dan bersih. Yang lain takde kena mengena.

15. Lagi satu, kalau dia nak jadi PM, dia patut serve the whole Malaysia. Bukan hanya demografik sendiri.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Leave a Reply

Your email address will not be published.