Seorang pemuda di media sosial hari ini menyampaikan rasa tidak puas hati dengan arahan JAIS minta masjid dan surau di Selangor turunkan bendera separuh tiang sempena kematian Queen Elizabeth II. Berikut merupakan tulisan pemuda itu:-
Lepas satu-satu. Cukuplah!
Siapa nak hormat sangat kematian Queen Elizabeth tu, buat sendiri jelah, tak payahlah sibuk nak suruh masjid surau pun sama.
SOP solat jemaah kat Selangor ni tak update-update, SOP sejadah besar masih belum dihapuskan, sibuk nak suruh kibar bendera separuh tiang untuk Queen Elizabeth. Cukuplah tu, sampai masjid surau pun nak dikerah.
Semalam Samy Vellu meninggal dunia, tak nak suruh masjid surau buat benda yang sama ke? Cukuplah tu.
Masjid tempat kami membesarkan Allah s.w.t, bukan tempat menzahirkan kesedihan untuk kematian Queen Elizabeth.
Imam masjid meninggal dunia pun kami tak kibar bendera separuh tiang.
Maaf. Arahan ini sudah melampau sehingga melibatkan masjid dan surau, tempat kami mengagungkan Allah.
Maaf jika kurang beradab. Cukuplah tu.
Kena seksa dengar lagu ‘baby shark’ hari-hari, banduan akhirnya maut dalam penjara
Penduduk Kelantan gempar dengan penemuan bukit penuh dengan emas